Wednesday, December 30, 2009

Masa aku dan famili bersama Pizza !




Tak ada nak cakap panjang , cukup foto2 familiku pekena pizza di Fratini Pizza malam tadi ! we have some FUN ...

Wednesday, December 23, 2009




Alhamdulillah , kerana kurniaan Allah SWT aku masih lagi mampu meneruskan kehidupan pada tanggal 24 Disember ini ... Bulan di mana banyak keraian , sanak saudara , rakan taulan membuat majlis ...Tak kira majlis perkahwinan , pertunangan even majlis Berkhatan . Boleh dikatakan jadual hujung minggu aku ini agak pack , esok majlis pernikahan bekas rakan sekerja , Hamzah Borhan dan tunangan nya Haslina Jack ... Tahniah , semoga hubungan kekal bahagia ke anak cucu dan dimurahkan rezeki ... Maaf kiranya sebab aku  tak mampu menghadiri majlis resepsi anda berdua pada lusanya sebab yang tidak dapat aku elakkan .. 

So esok juga hari Krismas , sebahagian daripada keluarga besar aku masih menyambut perayaan ini ( sebab faktor 1Malaysia lah agaknya ni) jadi kegembiraan mereka ini juga aku turut kongsi bersama , dan rasanya mood keraian ini berterusan hingga ke permulaan tahun baru 2010  ... Agak nya azam tahun ini sudah tercapai kah ? aku pun tidak pasti tapi syukurlah sebab tiada musibah atau bencana berlaku atas diriku , isteri , anak dan keluarga ... Semoga hidup ini terus mendapat keberkatan dari Allah SWT .

Akhir sekali , Selamat Hari Krismas kepada keluarga Besar Util bin Ula , rakan-rakan yang beragama Kristian .. Semoga kita terus harmoni walaupun berbeza pegangan agama ... Merry Xmas !

Tuesday, December 15, 2009

Cantona explains .... The Collar !




Cantona’s trademark in his time with United was of course the lifted collar, a fashion tip copied by little lads all over the city on school playgrounds. Rumours circulated it was because he had a Leeds United tattoo on his neck but the reason was much more simple than that.

“That was not a gimmick,” he said. “I put my shirt on. It was a cold day. The collar stayed up so I kept it like that. We won so it became a habit to play with my collar up.”

Thursday, December 10, 2009

Trailer Sherlock Holmes HD

Dalam posting aku yang lalu aku dah gembar gemburkan hero klasik pujaan aku di mana adaptasi ke filem terbarunya (sebab bukan hanya satu filem yang berkenaan dengan Sherlock Holmes) akan ditayangkan pada 25 Disember 2009 ni . Kali ini kita layan trailer ... sure best tak ingat !



Best kan ?

Jom layan lagu


Dua tiga hari ini aku sibuk layan lagu terbaru Anang 'Separuh Jiwaku Pergi' , sejak aku menonton live TV Konsert JOMHEBOH di Kuala Lumpur tempoh hari . Best lagu ni , sebab kata-kata dalam lagunya adalah luahan hati yang tulus . Tak perlu nak kata panjang , kalau nak dengar download ajerlah kat link ni , then macam tagline Fara Fauzana dalam Melodi , LAYANNNNN ...

http://www.4shared.com/file/133749469/c1fbc721/Anang_-_Separuh_Jiwaku_Pergi.html?s=1

Monday, December 7, 2009

Mood menonton wayang ku dah datang .

Aku lepas kuar lunch , perut kenyang , mata mengantuk ..... rasa takdak mood sangat nak buat kerja , aku berkira kira nak buat tengok movie , belek belek newspaper hanya cerita The Twilight Saga : New Moon sahaja cerita yang kira orait ditayangkan di pawagam Miri sekarang . Malangnya aku tak bukan seorang yang terlalu interested dengan sekuel  Twilight ni , walaupun aku akui aku pernah menonton ... atas desakan isteri yang mengajak menemankan dia menonton movie ni di STARMovie last week .




 Poster The Storm Warrior
 


Sebenarnya aku target nak menonton movie kantonis , The Storm Warrior hasil lakonan Ekin Cheng , Aaron Kwok dan Simon Lam . Adaptasi dari komik Fung Wan (Storm Rider/Pedang Setiawan) yang memang aku follow dari zaman aku belajar di ITM dulu . Ini adalah sekuel kepada The Storm Rider yang keluar di layar perak pada 1999 , perlu aku ingatkan bahawa adaptasi komik ini juga dibuat dalam TV series terbitan syarikat China . Watak Cloud , Wind dan Tanpa Nama adalah hero pujaan student-student ITM zaman dahulu hinggakan habis duit loan buat collection komik heheheheheh ...




Poster Sherlock Holmes


Satu lagi movie yang aku tunggu adalah hasil tangan Guy Ritchie (Alaaa ex hubby Madonna), Sherlock Holmes .watak lagenda British , Seorang penyiasat terkenal yang menggunakan cara yang tidak konvensional dalam melakukan penyiasatan nya . Watak ciptaaa Sir Arthur Conan Doyle yang dipegang oleh Robert Downey JR dan Jude Law sebagai orang kanan nya , Watson ini memang banyak mempengaruhi pengkayaan bahasa inggeris aku sebab kerana novel Sherlock Holmes inilah aku sanggup baca walaupun bahasa inggerisnya wallahualam ... Pekat dan so pure ! , Sherlock Holmes ni walaupun wataknya fiksional semata-mata namun terdapat Jalan Baker Street di Portsmouth di mana galeri sherlock Holmes wujud untuk peminat setianya .  


Dan aku harap jangan lah kedua-dua movie ni menghampakan kerana aku dah follow ceta ni sejak dulu lagi . Aku tahu serba sedikit jalan cerita asal so kalau aku dapati jalan cerita movie ni jauh menyeleweng aku akan benar-benar kecewa .