Thursday, January 7, 2010

2010 , agak nya ini adalah posting pertama aku tahun ni ... aku harap dapat siapkan terus , kalau tidak mesti terbengkalai then tak diteruskan . Sebenarnya tahun ini tak ada azam yang aku cuba sematkan dalam diri .

Hari ini ada berita gembira untuk aku dan warga kerja ofisku , kami telah diistiharkan mendapat kedudukan ketiga terbaik seluruh Malaysia selepas kajian oleh pihak Hyundai dijalankan kepada pelanggan-pelanggan after sales seluruh negara . Agak cemerlang untuk sebuah pusat servis kecil yang hanya ada 2 staf , seorang acting manager . Mudah-mudahan kami akan dapat terus menerus bertahandan kalau boleh lebih baik daripada ini  .

Semoga permulaan baik akan menjadi tanda tuah tahun ini . Aku sebenarnya agak lama tidak merasa senang hati dan lega , jadi tidak mengapa aku meraikan hari ini dengan senyuman . assalamualaikum ...