Monday, September 20, 2010

Bila Scott Red dah menulis , penyokong Liverpool makan hati

Malas sekali si Berbatov ni nak main

Aku terhibur bila membaca artikel Scott Red - blogger Republik of Mancunia bila menulis blognya  What A Lazy Bleep . Konon-konon macam tidak saja Dimi Berbatov beraksi dan jaring kan gol bila menentang Liverpool semalam . Ingat kan Mat Salleh tak pandai perli orang , rupanya boleh tahan juga ayatnya hehehehe . Game yang best untuk aku , supporter M.U dan  untuk geng Liverpool janganlah makan hati yerrr ..


Hari Raya Aidilfitri aftermath

Alhamdulillah , Hari Raya Aidilfiri berlalu tanpa disedari .. Gembira dapat bersua dengan rakan taulan , yang jauh datang , kita bermaaf-maafan . Raya tahun ini aku sambut dengan sederhana , biar Aqeem saja yang gembira dengan barang baru .. Maklum lah tengah bulan dan Company aku ni ada kira tak paham bahasa sikit bila part ada celebration day , buat derrkkk bila nak mintak duit raya . Tak jadi hal , aku pun ada cara lain nak cover belanja raya boss ... Then dengan selamba aku tak jemput diorang walaupun sibuk-sibuk diorang tanya aku ada buat rumah terbuka .
 
Hari Raya kedua aku dah balik kampung isteri , Sungguh pun tidak puas beraya bersama ibu bapa , namun mentua  pun patut dijengah .. Alhamdulillah perjalanan yang sukar , Jalan Mukah macam sial ( sakit pinggang aku ) dapat jua aku sampai Igan , Sanak saudara isteri datang bertandang , walau pun kadang-kadang apa benda yang dibualkan aku tak paham aku buat selamba jerr .. Banyak masa aku buang main game Xbox , kena lagi dengan TV HD , pergghhh ... steady beb . Walaupun asyik kalah main Winning Eleven , at least terubat juga rindu dengan EPL . Dah lah malam Sabtu tu aku dapat khabar M.U hanya seri ngan Everton lepas leading 2 gol ...

Aku hanya 3 hari di Igan , sebab cuti takdak , habis diguna tanpa disedari (aku rasa sesuai la , sebab emergency leave pun diorang potong dari annual leave, sial kan) , yang aku agak kesal sebab aku tidak dapat balik Marudi seperti Raya tahun yang sudah-sudah , sedangkan Marudi itulah kampung halaman ...Aku terfikir , sebab nenek masih hidup , kenapa aku tak melawat ? , kenapa ? takdak masa ? takdak cuti ? sengaja tak nak balik ? atau nak tunggu berita keluarga keluar dalam radio baru nak balik , entah lah .. rasanya tanggungjawab aku sebagai cucu belum sempurna , minta maaf Nek . Kamek Sayang Kitak .

Wednesday, September 8, 2010

Jeffster - couple TV kegemaran aku

Siapa watak yang paling menyampah dalam Chuck ? , mamat 2 ekor ni lah Jeff dan Lester ( Konon2 mengaku Jews tapi sebenar nya asal dari India ) . Tapi diorang inilah yang paling best , HAVOC dan sempena season 4 Chuck diorang diberi special webisode .. Have fun .

Tuesday, September 7, 2010

8 September - Harijadi aku .


Hari ini hari jadi aku , walau pun aku rasa aku tak sesuai lagi nak tiup kek , tapi keinginan itu tetap ada hehehe .. Tapi baik nya aku simpan saja hajat itu dalam hati . Biarlah aku mewakilkan Aqeem untuk tiup candle . Bila dihitung nanti maka akan adalah 32 batang candle , ishh dah masuk kategori dewasa matang dah aku ni . bukan lagi remaja , belia etc etc ..

 Aku harap impian yang belum kesampaian selama ini akan termakbul dalam usia 32 ini , insyaallah . Semoga Allah terusmemberi rezeki dan tubuh yang sihat , keluargaku selamat dari sebarang bencana . Amin ya rabbil alamin .

Sunday, September 5, 2010

Satu Hari di Hari Raya - M Nasir


Kita pernah bergembira di Hari Raya , Kita juga pernah berduka di hari yang mulia ini .. kadang2 hidup di perantauan membuat kita terkenang ayah bonda .. selagi mampu hulurkan lah tangan , pohon kemaafan dan berikan kemaafan atas kesilapan dengan ikhlas , di samping kita beribadat kepada tuhan , rapat2 kanlah silaturrahim dengan handai dan taulan kerana di akhir zaman ini semuanya semakin menjauh ...





Aku dan keluarga mohon kemaafan atas segala kesilapan , dan ikhlas kami berikan kemaafan kepada semua dari hati yang tulus . Semoga kita sama-sama akan dapat keberkatan Allah SWT . AMIN YA RABBIL ALAMIN .

Salam Aidilfitri pada sahabat .



Tak selamanya mata memandang dengan ramah, hati menilai dengan jernih, dan mulut bicara dengan santun. Menjelang hari raya kuucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.