Sunday, September 13, 2009

Jom mari-mari pilih lagu wooi ! Jom layan lagu raya



Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik

Kenang nasib diri di rantauan

Bergema takbir raya menitis air mata

Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali

Pada ayah bonda dan saudara

Tetapi aku harus mencari rezeki

Membela nasib kita bersama

Korus

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas

Dari jauh kupohonkan ampun maaf

Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama

Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu

Demi anakmu yang kini jauh

Pernah dengar iklan dalam Radio Muzik pasal jom pilih-pilih lagu , lagu ini ada lagu itu ada ... sekarang aku nak khabarkan lagu yang paling best sial time raya , lagu kat atas nih.Lagu faveret aku time jauh dari family dulu , boleh menitis air mata wehhh , pedih beb , walaupun hanya sekali tak beraya ngan family masa bujang dulu , jiwa macho jadi gundah bila radio main lagu ni .. sialan , boleh tangkap feeling , bisa buat aku termenung seorang di kaki tangga hahahaha . Tapi pengalaman itu pengajaran , sekarang aku rasa aku lebih menghargai nikmatnya bersama keluarga , ibu bapa , isteri , adik beradik , anak dan handai taulan ... Selamat Hari Raya Aidilfitri ..

Wednesday, September 9, 2009

Faveret ku : Doc Marten




Maaf kalau aku ini bias , Tapi kalau ada orang kata Doc Marten kasut yang tidak berbaloi harga membelinya aku boleh kata pada orang itu ' SHUT YOUR FUCKING MOUTH UP ! ' . DM adalah satu-satunya kasut yang ada dalam koleksi aku yang paling tahan , puas memakai dan berbaloi dengan harganya . Walaupun aku hilang RM380.00 hanya untuk DM low-cut 4 lubang Army Soles ni di Pertama Kompleks KL aku cukup puas hati ... tempoh khidmat nya dengan aku lebih lama daripada tempoh aku bekerja dengan 4 kompeni , dan untuk beberapa tahun itu aku memakainya hari-hari hinggakn minit dan saat ini . Dan hingga hari ini aku pernah ada 3 Doc Mart , 10 Lubang , 4 Lubang (sekarang aku pakai) dan sebijik special edition yang aku trade in dengan kasut K-swiss (rare) .

Still got the Blues




Semalam abis jer aku layan The Departed dalam kol 7 , aku terus on Astro kat rumah , kira kira 15 minit layan berita TV9 yang rata-rata ceta pasal imbuhan untuk kakitangan sokongan kerajaan aku pun tukar channel movie . Mulanya aku tak tertarik dengan satu movie ni , The Blues Brothers . Tetapi jangan heran sebab aku nak terus tengok movie ni sebab dress up dua mamat ni yang smart giler , pakai sut hitam complete sekali dengan spek retro style sekali dengan topi ala Justin Timberlake selalu pakai tu . Mulanya aku pikir diorang ni pengikut ajaran Jewish yang hardcore tetapi anggapan aku mula salah , rupa nya diorang adalah pejuang Blues yang sejati .. Terus terang aku katakan , aku baru tau yang begitu lah rupanya fesyen Blues , aku ingat serabai macam budak-budak Hippies ..

Ceta mengenai journey 2 ex convict , Jake E. Blues(John Belushi) dan Elwood E. Blues (Dan Aykroyd) mencari USD5000 untuk membayar cukai gereja tempat diorang dibesarkan memang best , ceta ni ala-ala Tenacious D , Hairspray , Dreamgirls , Sweeney Todd dan ceta Hindi di mana ada yang nyanyi2 tengah ceta .. dan penampilan nama-nama besar dalam arena Blues seperti Ray Charles dan Aretha Franklin menjadikan filem ini semakin seronok ditonton , sampai aku rasakan tempoh 2 jam menonton ceta ini macam pendek jer ... Percaya lah korang layan ceta ni , memang best ... Siap ada aksi kejar kereta , muzik dan komedi .

Sekarang John Belushi dah jadi arwah ( ada yang percaya dia kena curse filem " ATUK " -Info dari E-News) begitu juga Ray Charles dan James Brown , tetapi legasi The Blues Brothers masih wujud di US dimana mereka (original line-up) masih main di kelab-kelab Blues . Impak yang kesan nya mendalam kepada peminat sejati Blues .

Tuesday, September 8, 2009

Ilusi Infernal Affair dan The Departed .




The Departed , remake kepada filem kantonis Infernal Affair , satu movie yang akhirnya aku dapat d/l dari 2shared hari ini , adaptasi dari hasil tangan Andrew Lau ini berjaya digarap oleh Martin Scorcese dan dibintangi superstar versatil Leo di Caprio dan Matt Damon . Walaupun aku lebih menyukai garapan asal Andrew Lau tapi karya Martin Scorcese ini berjaya juga memenangi 4 anugerah besar di Academy Awards ke 79 . Cerita yang berkisar kepada dunia kepolisian dan gangster ini menarik minat aku di mana sejak awal-awal lagi kedua dua pihak dah plan nak menyimpan penyampai maklumat di dalam organisasi ini , maksud aku informer untuk polis yang menjadi pengikut kumpulan gelap dan begitu juga sebalik nya .. Di sini bakat Leo dan Matt benar-benar terserlah di samping watak Jack Nicholson begitu menonjol sebagai Bos Irish Mob , dan bagi aku setanding dengan watak Eric Tsang dalam Infernal Affair .. Namun begitu sebagai Hard Core Infernal Affair , satu kekurangan yang wujud dalam The Departed berbanding IA adalah kurangnya pendedahan bagaimana watak Costigan dan Sullivan mula-mula diserap dalm organisasi ini , tidak seperti watak Edison Chen dan Shawn Yue dalam IA2 . Tetapi at least bagi aku , menonton The Departed ini aku dapat anggap menonton rangkuman cerita IA , sebab jangan lupa IA dikeluarkan sebanyak 3 filem , jadi jangkamasa penceritaan selama lebih kurang 9 jam , jadi tak mustahil banyak isu dapat diceritakan .. Jadi malam ini aku akan spend satu jam lebih untuk menonton sebab takdak ceta TV yang best , sediakan mee maggi ngan Milo ais dan macam kata Wahed kita layannnn ....

Monday, September 7, 2009

Best woooo !



Ini siri yang aku minat masa kecik dulu , Space Cop Gaban !

Darth Federer !

Selain watak Kesatria baja hitam dan darth vader ada satu lagi kesatria zaman moden yang aku minat , Roger Federer . Atlit tenis terhebat zaman sekarang dengan 14 kejuaraan Grand Slam dan sekarang tengah berentap untuk menambah koleksinya dalam Terbuka US yang berlangsung minggu ini . Federer satu watak " Mat Kool " yang sukar nak dibaca emosinya bila on game , susah nak tahu mamat ni stress ke , tgh over konpiden ke , atau tengah mood happy . Stroke Federer ni pun susah nak diduga sebab macam kacang jer dia alih bola ke target yang dia nak , pendek kata fabulous lah .

Kenapa aku gelar dia Kesatria Baja Hitam ? sebab di Terbuka US 2007 Federer telah buat kejutan di mana dia telah menukar pandangan orang terhadap tennis , Federer telah pakai semua hitam . Best sekali , dan tahun ni dia pakai hitam lagi , ada stripe merah kecik lah . Kali ni betul-betul macam kaler Darth Vader hahahaha ..

So aku harap tahun ni Federer pun terus cemerlang , Katanya sendiri tahun ini memang tak dapat dilupakan , antaranya sebab pecah rekod Pete " Pistol " Sampras 14 kejuaraan Grand Slam , dah kahwin dengan tunangnya selepas bersama 9 tahun , kembali menjadi pemain Nombor 1 dunia dan menjadi bapak kepada kembar perempuan . Jadi tak heran lah Federer nak menghabiskan tahun ini dengan gemilang .


Kerajaan jamin tiada tapisan kandungan internet , piirahhh

"PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertahankan akta yang menjamin tiada tapisan terhadap kandungan internet namun kebebasan bersuara bukan hak mutlak dan perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ia menjadi kesalahan sama ada perkara yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang itu dipaparkan sama ada dalam talian (internet) atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan di Jabatan Perdana Menteri, di sini."

Komen aku simple sahaja , adalah betul kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak , tetapi tidak bermakna kita perlu disekat untuk bersuara , dan jangan lah ada sampai wujud penggunaan kuasa untuk menghalang kebebasan bersuara kita .