Tuesday, August 14, 2012
Friday, January 28, 2011
Figura asal Transformers mengikut kartun Original !
Aku peminat Transformers , tapi versi Michael Bay banyak gunakan kereta Amerika , walhal yang sebenarnya animasi Transformers versi 80'an banyak gunakan kereta Jepun . Tak percaya boleh tengok di katalog yang aku jumpa dalam WWW baru tadi .

Research and Design by: CarInsurance.org
So terbukti kan bukan lah GMC sahaja yang sepatutnya dapat kredit penuh dalam francais Transformers ini . Dah ada bukti kan !
Research and Design by: CarInsurance.org
So terbukti kan bukan lah GMC sahaja yang sepatutnya dapat kredit penuh dalam francais Transformers ini . Dah ada bukti kan !
Tuesday, January 25, 2011
Unwell (Accoustic) - Matchbox 20
All day
Staring at the ceiling
Making friends with shadows on my wall
All night
Hearing voices telling me
That I should get some sleep
Because tomorrow might be good for something
hold on
I'm feeling like I'm headed for a
Breakdown
I don't know why
Monday, September 20, 2010
Bila Scott Red dah menulis , penyokong Liverpool makan hati
| Malas sekali si Berbatov ni nak main |
Aku terhibur bila membaca artikel Scott Red - blogger Republik of Mancunia bila menulis blognya What A Lazy Bleep . Konon-konon macam tidak saja Dimi Berbatov beraksi dan jaring kan gol bila menentang Liverpool semalam . Ingat kan Mat Salleh tak pandai perli orang , rupanya boleh tahan juga ayatnya hehehehe . Game yang best untuk aku , supporter M.U dan untuk geng Liverpool janganlah makan hati yerrr ..
Hari Raya Aidilfitri aftermath
Alhamdulillah , Hari Raya Aidilfiri berlalu tanpa disedari .. Gembira dapat bersua dengan rakan taulan , yang jauh datang , kita bermaaf-maafan . Raya tahun ini aku sambut dengan sederhana , biar Aqeem saja yang gembira dengan barang baru .. Maklum lah tengah bulan dan Company aku ni ada kira tak paham bahasa sikit bila part ada celebration day , buat derrkkk bila nak mintak duit raya . Tak jadi hal , aku pun ada cara lain nak cover belanja raya boss ... Then dengan selamba aku tak jemput diorang walaupun sibuk-sibuk diorang tanya aku ada buat rumah terbuka .
Hari Raya kedua aku dah balik kampung isteri , Sungguh pun tidak puas beraya bersama ibu bapa , namun mentua pun patut dijengah .. Alhamdulillah perjalanan yang sukar , Jalan Mukah macam sial ( sakit pinggang aku ) dapat jua aku sampai Igan , Sanak saudara isteri datang bertandang , walau pun kadang-kadang apa benda yang dibualkan aku tak paham aku buat selamba jerr .. Banyak masa aku buang main game Xbox , kena lagi dengan TV HD , pergghhh ... steady beb . Walaupun asyik kalah main Winning Eleven , at least terubat juga rindu dengan EPL . Dah lah malam Sabtu tu aku dapat khabar M.U hanya seri ngan Everton lepas leading 2 gol ...
Aku hanya 3 hari di Igan , sebab cuti takdak , habis diguna tanpa disedari (aku rasa sesuai la , sebab emergency leave pun diorang potong dari annual leave, sial kan) , yang aku agak kesal sebab aku tidak dapat balik Marudi seperti Raya tahun yang sudah-sudah , sedangkan Marudi itulah kampung halaman ...Aku terfikir , sebab nenek masih hidup , kenapa aku tak melawat ? , kenapa ? takdak masa ? takdak cuti ? sengaja tak nak balik ? atau nak tunggu berita keluarga keluar dalam radio baru nak balik , entah lah .. rasanya tanggungjawab aku sebagai cucu belum sempurna , minta maaf Nek . Kamek Sayang Kitak .
Wednesday, September 8, 2010
Jeffster - couple TV kegemaran aku
Siapa watak yang paling menyampah dalam Chuck ? , mamat 2 ekor ni lah Jeff dan Lester ( Konon2 mengaku Jews tapi sebenar nya asal dari India ) . Tapi diorang inilah yang paling best , HAVOC dan sempena season 4 Chuck diorang diberi special webisode .. Have fun .
Tuesday, September 7, 2010
8 September - Harijadi aku .
Hari ini hari jadi aku , walau pun aku rasa aku tak sesuai lagi nak tiup kek , tapi keinginan itu tetap ada hehehe .. Tapi baik nya aku simpan saja hajat itu dalam hati . Biarlah aku mewakilkan Aqeem untuk tiup candle . Bila dihitung nanti maka akan adalah 32 batang candle , ishh dah masuk kategori dewasa matang dah aku ni . bukan lagi remaja , belia etc etc ..
Subscribe to:
Posts (Atom)