Wednesday, September 2, 2009
SBY ?
Oasis , Bukan sekadar band tepi tembok !
Aku membesar mendengar lagu hasil tangan Liam dan Noel Gallagher ni , So bila dalam beberapa hari lepas ada pengumuman Noel quit Oasis aku kecewa sebab legasi Oasis ini tidak menjadi tanpa Noel , Bukan sekali pertelingkahan 2 beradik ni menyebabkan Oasis hampir berkubur , puncanya asyik kepada si Liam yang agak liar , biasak lah ROCKSTAR ! Hidupnya dipenuhi kontroversi dan masalah disiplin sampai abangnya selalu bengang , aku rasa Noel dah banyak cover si Liam ni , tapi biasaklah adik , selalu kurang ajar sikit . But at least aku respek single mereka selain Dont look back in anger , banyak lagi yang best-best macam Dont go away , Stand by me , Wonderwall , Champagne Supernova , Stop crying your heart out etc ...Thanks to Wiki aku dapat senaraikan album2 Oasis yang best , rare dan collectible item nih .
| Tahun | Album | ||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1994 | Definitely Maybe
| ||||||||||||||||||
| 1995 | (What's the Story) Morning Glory?
| ||||||||||||||||||
| 1997 | Be Here Now
| ||||||||||||||||||
| 2000 | Standing on the Shoulder of Giants
| ||||||||||||||||||
| 2002 | Heathen Chemistry
| ||||||||||||||||||
| 2005 | Don't Believe the Truth
| ||||||||||||||||||
| 2008 | Dig Out Your Soul
| ||||||||||||||||||
Tuesday, September 1, 2009
Spiderman dan Mereka-mereka yang tak pernah gentar !

Hari ini aku buang masa sikit , belek2 akhbar online , antaranya Malaysiakini .. banyak cerita yang dipersembahkan menarik perhatian aku , antaranya kes "Spiderman" Alain Robert 46 tahun yang didenda RM2000 kerana berjaya memanjat Twin Tower Petronas , hanya setelah 2 kali gagal pada tahun 1997 dan tahun 2007 , ingat kan dah kena BAN dari menghapiri Tower KLCC tapi brader ni memang hardcore , "tak pandai serik-serik punya mamat". Dari segi kemanusiaan beliau memang seorang yang kita anggap berhati waja kerana selain kesukaran mendapatkan kebenaran untuk memanjat Tower ni , beliau juga seorang yang berani menentang kesukaran akibat ketinggian dan angin yang melampau ketika memanjat bangunan tersebut , TETAPI aku sebenarnya bukan tertarik pada kejayaan ini tetapi dengan hasil perbicaraan terhadap beliau di Mahkamah Majistret , Bukan apa , ini kerana beliau diwakili oleh Peguam Wong Khin Heong , peguam ternama yang berjaya " Membebaskan " Abdul Razak Baginda dari hukuman akibat tuduhan membunuh Altantuya , sehinggakan salah seorang anak negeri aku yang menjadi mangsa hukuman , Fxxk Off Abdul Razak !!! Jangan berani-berani datang ke Sarawak .. Alain Robert memang bijak , aku rasa semuanya ini sudah dirancang dengan teliti sebelum dia membuat panjatan itu , dia konfiden kalau dia diwakili peguam tersebut memang pasti dia tidak akan dikenakan hukuman yang lebih selain daripada denda RM2000 tersebut . Dan aku pasti selepas ini banyak lah pelagak ngeri yang nak buat stunt di Malaysia ini akan hire Wong Khin Heong nih , agaknya berapa dia punya service charge ye ? .. Bila nak masuk politik ?
Then berita tentang politik Perak , tentang 3 ADUN Pakatan yang ditangkap kerana cuba membuat Sidang DUN di Bangunan Sekretariat Kerajaan Perak , aku bukan nak campor politik tetapi dari segi logiknya mereka cuba untuk bersidang demi rakyat , membincangkan masalah rakyat , menunaikan tugas , jadi kenapa perlu dihadang even kena tangkap , bukan nya buat keganasan apa pun . Ini komen aku secara personal , so aku nak cakap apa aku punya hal lah kan . Satu lagi berkenaan pihak berkuasa yang bertindak , Kalau dah berani tahap Power Rangers tu baik lah ke Sudan kah , Ethiopia kah ... tempat yang banyak kekacauan , aku rasa kalau tidak ada kekerasan semua benda tidak akan kecoh , mungkin segalanya akan berlaku dengan aman , aku cuma dapat rangkumkan yang politik tak kira pemerintah atau pembangkang semuanya adalah dilakukan dengan niat nak menolong rakyat , tak pasti lah kalau ada nawaitu yang lain , wallahualam lah jawabnya . Tapi aku pasti politik yang aku cari itu mungkin hanya ada pada zaman nabi-nabi dan para anbiak sahaja , politik sekarang adalah DIRTY !
Jadi sempena Bulan Ramadan (Bukan RAMADHAN ! , istilah ini salah) aku rasa untuk mengelak kita berdosa atau puasa percuma perut lapar tapi tak ada pahala eloklah baca paper online (wah dah buat promotion free aku ni) daripada mengutuk atau mengumpat orang , ada manafaatnya antaranya lebih pengetahuan , tidak mudah tertipu dengan dakyah2 yang ntah hapa hapa dan memanafaat kan masa sempena menunggu berbuka hahahahahaa ... amin .
Semoga mata dan hati kita dibuka oleh Allah dengan kebenaran , Insyaallah .
Saturday Night Gathering .
Malam minggu yang lalu aku lepak dengan geng geng lama , mohazy , zul , kerangeleber dan mr Kaleng , semuanya sahabat lama sama sekampung dan bekas rakan kerja , Ianya satu petang yang happening bagi kami semua , lepak-lepak dengan loyar buruk serta macam macam cerita hinggakan sekali sekala lagaknya macam Biro Bantuan Guaman atau pegawai khidmat masyarakat aksi-aksi geng-geng bercerita ...
Port kitorang ialah satu spot malam yang agak baru tapi pames di miri sekarang ,Sajian Warisan yang menjadi tumpuan baru masyarakat Miri yang pelbagai bangsa .
Terkenal dengan menu makanan yang pelbagai antaranya Nasi Lalapan , pelbagai jenis main course tradisional dan barat . Aku pekena RSB chicken , perghhh .... Ayam gorengnya ( Thigh) digoreng begitu rangup hingga menjilat jari sambil Zul dan Mohazy pekena Nasi Lalapan , faveret Zul tuh ... Dengan konsep yang memang tradisional , dudok bersila , memang rasanya macam lepak kat rumah ... siap berlunjur kaki bila kekenyangan . Sayangnya tak ada gambar nak disertakan dengan blog ini sebagai bukti bila Zul kenyang dia memang hensem macam Justin Timberlake hahahahaha ...
So terima kasih kepada main sponsor Mohazy dan Kerangeleber , mudahan murah rezeki insyaalah next time perut aku lebih ready nak menerima habuan yang lebih besar , jangan takut nak belanja sebab aku tak minta belanja buffet , makan skala pengilan pun ok lah , alhamdulillah ... Chow
Monday, August 31, 2009
Mereka memang Terer .. terer menciplak !
Sebenarnya aku memang respek pemikiran orang china ni , diorang memang pakar dalam ekonomi , diorang tahu yang ekonomi mereka dahulu ketika zaman komunis tidak mengizinkan mereka berbelanja besar jadi mereka selalu ambil jalan mudah iaitu dengan memperkenalkan teknologi ciplak atau pun meniru , walaupun tidak sepenuhnya tapi dengan gambar yang ada di bawah ini ada terbukti mereka memang berniat nak tiru, cuma adjust sikit2 , tapi yang aku pasti kualitinya samalah dengan kualiti barang kedai serbaneka paling murah di dunia , Kedai RM2.00 yang tumboh bagai cendawan di negara kita ... so malas nak ceta panjang , terpulang lah samada nak ketawa atau berdukacita melihat kereta@bakal kereta anda diciplak sebegini rupa . ^_^
Mercedes C-Class vs. Geely Merrie 300
Daewoo Matiz vs. Chery QQ
European Smart vs. Chinese Smart
Honda CRV vs. Laibao SRV
Toyota Prado vs. Dadi Shuttle
Rolls-Royce Phantom vs. Hongqi HQD
Nissan X-Trail vs. Greatwall Sing
BMW 7 Series vs. BYD F6
* PS - sebelum beli kereta check2 lah dulu ye ... sebab cherry dah ada di malaysia tak mustahil brand lain tu belum masuk market lagi ..
Friday, August 28, 2009
Jersey Real Madrid pelbagai bahasa ... Versi Cristiano Ronaldo
Nama Cristiano Ronaldo dilakarkan dalam bahasa inggeris , Cina , Arab dan Jepun . Aku tak pernah tengojk jersey bola arab tapi aku pasti ini strategi marketing yang melampau daripada Real MAdrid hehehee , nak cover hutang yang mencecah 800 juta lah ni kan .
Strategi ini aku rasa berjaya menarik perhatian peminat Cristiano Ronaldo even aku sendiri tertarik dengan jersey versi arab . Nampak classy , tetapi memandangkan aku dah anti Real Madrid season ni cukuplah aku sekadar melihat gambar ... Nak mendapatkan jersey ini boleh blah laaaaa ...