Sunday, September 6, 2009

Hanya posting sempoi di pagi Isnin .

Agak lama aku tidak mengarang dalam blog aku ni , 2 - 3 hari pada last week line internet dekat area tempat aku kerja ni hampehhh , puas lah TELEKOM kena sumpah oleh budak budak ofis .. Dah lah kerja banyak yang pending dan due . Tapi sekurang-kurang nya adalah alasan yang kukuh bagi aku back-up diri aku sendiri bila bos enquiry .

So sambil2 aku menghabiskan kerja aku , baik aku create satu post yang aku masih belum ada idea tajuk yang sesuai , jadinya aku karang lah apa yang patut2 dululah ... OK sebelum apa-apa hari ini adalah hari terakhir aku dalam usia 30 tahun . Maksudnya esok adalah birthday aku hahaha , dah separuh abad umur aku , well dalam kadar jangka hayat manusia zaman sekaranglah , pendek panjang umur itu tetap tuhan yang menentukan . So dalam usia 30 ini aku dapat reviewkan diri aku ini kalau dari segi pencapaian matlamat hidup belumlah sampai kepada target asal aku , azam masih lagi terbantut kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan , antaranya RM , biasaklah kan ... Target nak kaya belom lagi nampak hasilnya hinggakan kadang-kadang aku rasa aku boleh jatuh terjelepuk kerana takdak wang , Susah lahhhh ... Aku rasa kalau EAindex yang aku join dulu masih dihalalkan kerajaan confirm aku dah senang , sebab balance duit pelaburanku masih banyak masa EAindex itu diharamkan . Bukan rezeki lah rasanya .

So dalam 2nd half of my life akan datang insyaallah aku nak menambah pendapatan aku sekarang , aku berhajat nak berumah sendiri , berharta dan menambah bilangan ahli keluargaku , bukan bermaksud nak tambah bini tapi anak , jangan silap sangka . Aku plan nak bertukar karier , mencuba nasib pada bidang yang aku benar2 expert , bukan seperti kerja aku sekarang , dan aku akui yang sekarang aku hanya kerja untuk makan gaji , bukan berdasarkan minat , puas aku mencoba untuk merasa excited ketika bekerja tetapi gagal , maka aku tau hakikatnya aku tak suka langsung kerja ini .. serius .

Sedar tak sedar aku dah tulis banyak , bercerita pasal hidup memang takda hujung nya , bercerita pasal pengalaman memang takdak noktahnya dan bercerita pasal hitam putih hidup untuk mencari titik habis memang tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku . Segalanya menjadi kenangan aku , suka duka kehidupan 30 tahun yang lalu .. Assalamualaikum .

2 comments:

  1. 30 dah u esk kah pok?? huddaayyy!!!! gik mudak ya pok....how u wori!!!! he he...mudahn panajng umo pok, jgn pjg nok lain jak lah pok...hahaha

    ReplyDelete
  2. PANJANG NOK LAIN BAGUS YA POK HAHAHAHA

    ReplyDelete