Gempakkan tajuk posting aku , macam lagu band HUJAN .
Menjelang hari-hari selepas Aidilfitri mood aku nak mengarang blog agak kurang , fikiran masih dibayangi dengan kari rendang , ketupat dan kuah satay kot . Banyak masa aku buang dengan melayan web sosial ku Facebook , mencari kawan2 sudah lama tidak bersua , bersok-sek (gossip hehehe) mengenai apa saja .... dah tiba masa buat dosa balik kan hahahaha .
Topik utama tentunya berkenaan Raya , Bolasepak , modifikasi kereta dan untuk rakan2 yang berasal dari Mukah tentunya jalan raya utama ke Mukah yang tak pernah siap-siap pembinaan nya hinggakan jalan raya yang elok berubah menjadi teruk . Even aku sendiri driving kereta pun boleh sakit pinggang , bayangkan betapa teruk nya situasi jalan tersebut . OK figurenya begini , panjang jalan 52km , aku kena drive dalam 40km/ph dan tempoh perjalanan yang aku kena tempuhi adalah 2 jam setengah . Perkiraan aku kalau jalan elok tempoh untuk 52km itu hanya memakan masa 40 minit , bayangkan perbezaan masa tersebut . Bukan nak menentang pembangunan cuma kesal benda ini dah berlarutan selama bertahun-tahun , dah terlalu lama untuk rakyat tengah Sarawak yang lali dengan pelbagai alasan yang diberikan .
So apa lagi nak aku karang ? , fikiran aku blur balik , nak cerita pasl isu BENDERA tak sedap pulak , takut roumours menjadi , nak cerita pasal tsunami lagilah tak afdal .. Tunggulah aku lepak tempat makan baru namanya LEMIDIN , sebelah kedai Kenn ( Pames di Piasau bah ) aku akan review makanan nya , kalau taukey kasi free aku akan cakap sedap , kalau taukey overcharge , siap lah kau hahahaha .
time aku ke keday ken ria lom siap gik keday ya pok.....u n jk merasmi keday ya lah pok......
ReplyDeletengam ngam , cdak madah nyaman , tapi kuantiti kureng ckit lah ku nangga tapau kawan ku marek
ReplyDelete