Monday, November 30, 2009

Aku ada geng baru ..



Hari ini aku ada staff baru , berbangsa cina . Aku hanya mampu bersyukur kerana dengan ada nya mamat ni aku punya beban kerja kira sedikit sebanyak kurang berbanding dahulu . Jadi buat masa ni aku jadi fasilitator tak bertauliah untuk mengajar staff baru ni , walaupun aku tak pasti sejauh mana dia dapat faham apa yang aku cuba ajarkan , LANTAK KAU LAH LABU .

Sekarang bumi Miri dibasahi titisan hujan , rahmat bagi sesetengah orang tetapi bagi company tempat aku bekerja yang mengharapkan cuaca elok , ini satu khabar yang kurang menggembirakan ... Jumlah kereta yang keluar masuk agak menurun , which mean no business , no business mean takdak untung , aku tak kisah sebab kerja aku aku buat , lagipun bila untung golongan atasan yang makan komisen besar , siap ada payment untuk Director Fee .. cisss , yang bersengkang kudrat dan kena maki hamun adalah kami orang bawahan ... Jangan lah nak cerita nak naik kan gaji , PC pejabat pun belum terganti .

Aku tak nak mengadu lebih , aku bukan lah anak manja yang kena pujuk hari-hari .. Cuma aku harap Disember ini akan lebih memberikan rezeki , aku tetap gembira untuk terus berkhidmat , manalah tahu kesetiaan ini akan terbalas dengan insentif dan bonus yang kaw-kaw dari bos aku .. manalah tahu jika dia terbaca blog ini kan . Ahaks ahaks ahaks .....

No comments:

Post a Comment