First thing aku nak cakap kisah ni takda kena mengena dengan filem Tuan Mamat Khalid
1990 Oktober Sabtu - 7.30PM
" Buat betul-betul ... Sementara kamu ada peluang dan bakat . Kawan-kawan kan ada sama sekali , jangan lah malu okay ! " pesan mak sambil tuck in baju petak long sleeves aku . Aku tengah merungut kerana mak tak nak lengan baju dilipat ikut kemahuan ku ..
8.00PM
Acara bermula , ucapan dari protokol2 yang dijemput manakala aku dengan 3 best friend ku lepak minum sirap dan makan kacang kuda di port selalu , tangga belah hujung sekolah .
8.30PM
Seorang demi seorang dipanggil . Masing masing kembali dengan senyuman . Kemudian nama aku dipanggil ... Dup dap dup dap ...
Dengan perasaan yang berdebar aku dengar intro gitar dan bunyi dram , so aku masok ... Chantek , dalam hati dah terbayang trofi .
9.30PM
Aku dah on the way balik rumah .. Separa kesal dan malu . Hilang perasaan konfiden . Esok rasa tak nak menjejak kaki ke sekolah lagi . Huaaa
Kenapa ?
Part nada korus paling tinggi suara ayam aku keluar . Live depan audience termasuk keluargaku . Sadis sungguh .
PS lagu yang aku bawak lagu MAY Sendiri ye . Geng lain semua bawak lagu budak2 je
No comments:
Post a Comment