Tuesday, October 21, 2014

Rock oooooo - The Prequel

First thing aku nak cakap kisah ni takda kena mengena dengan filem Tuan Mamat Khalid

1990 Oktober Sabtu - 7.30PM

" Buat betul-betul ...  Sementara kamu ada peluang dan bakat . Kawan-kawan kan ada sama sekali , jangan lah malu okay ! " pesan mak sambil tuck in baju petak long sleeves aku . Aku tengah merungut kerana mak tak nak lengan baju dilipat ikut kemahuan ku ..

8.00PM
Acara bermula , ucapan dari protokol2 yang dijemput manakala aku dengan 3 best friend ku lepak minum sirap dan makan kacang kuda di port selalu , tangga belah hujung sekolah .

8.30PM
Seorang demi seorang dipanggil . Masing masing kembali dengan senyuman . Kemudian nama aku dipanggil ... Dup dap dup dap ...
Dengan perasaan yang berdebar aku dengar intro gitar dan bunyi dram , so aku masok ... Chantek , dalam hati dah terbayang trofi .

9.30PM
Aku dah on the way balik rumah .. Separa kesal dan malu . Hilang perasaan konfiden . Esok rasa tak nak menjejak kaki ke sekolah lagi . Huaaa

Kenapa ?
Part nada korus paling tinggi suara ayam aku keluar . Live depan audience termasuk keluargaku . Sadis sungguh .

PS lagu yang aku bawak lagu MAY Sendiri ye . Geng lain semua bawak lagu budak2 je

Monday, October 20, 2014

Rock Ooooooo ...

Satu pagi di dewan tertutup Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang , tahun 1991
________

Perut ku dah memulas , peluh mula menitik , tangan mula bergetar .. Namun aku langkahi jua , spek hitam ala John Lennon ku atur kemas biar nampak segak . Berdiri ku tegak mata ku pejam ( org tak perasan sebab ada spek ) lalu aku mula berdendang ...

SAYANG
SECEBIS KENANGAN
CINTA YANG MENCENGKAM DADA
SAYANG
IANYA BERAKHIR
DENGAN TITISAN AIR MATA

Kalau kumpulan Menara tau aku bawa lagu Sayang time orientasi sekolah mesti dapat kaset free .

Subhanallah chanteknya !

Dari simpang jalan , kita menyusuri Sekolah Menengah Bekenu , kampung Tengah , Kampung Momong , Kampung Jambu Bungai , Kampung Peliau DAN AKHIRNYA ....

Kita tiba di Pantai Bungai Bekenu . Subhanallah cantiknya ciptaan Allah SWT .

Tiada kata sechantek pantainya ...

Bercakap dengan Jin !

Heheheheee ,

Ada tak macam judul buku zaman 80an , tak pun macam judul karya Alfred Hitchcock .

Yap , tak lain dan tak bukan ini adalah tentang karya Tamar Jalis . Realitinya aku sendiri tidak pasti ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar atau imaginasi semata mata . Tapi yang pasti karya ini adalah salah satu yang boom pada era 80an dismping buku Berkelahi dengan Syaitan hehehe .. Era di mana benda mistik jadi perhatian . Variasari jd collectors item sebab isikandung mistik yang dipaparkan nya .

Tetapi pada 2014 ini aku dah kembali gembira sebab siri Bercakap Dengan Jin dipublish semula , setelah lama tiada dalam pasaran . Aku terjumpa cetakan baru ini di Popular Book Center . Satu inisiatif terbaek dimana sebelum ini buku ini hanya dijual di kedai2 majalah , kedai mamak dsbnya , kira hasil karya TJ sudah diiktiraf selayaknya .

So sama sama kita kembalikan kenangan Si Tamar dan Atoknya mengembara di dunia mistik kepulauan melayu . Baca boleh tapi kalau nak bercakap dengan jin tu baik jangan ;) .

Ooo Sccoooobyyy .. Scooby Doo ?

http://www.superiorpics.com/wallpaper/file/Matthew_Lillard_in_Scooby-Doo_2:_Monsters_Unleashed_Wallpaper_11_1280.jpg

Kalau ada org lain yang lebih layak jadi Shaggy , aku tak berani nak cakap apa tapi mamat Matthew Lillard ni memang sebijik macam Shaggy yang dalam kartun tu . Memang part scouting pelakon Hollywood memang the best . Just aku frust Freddie Prinze JR totally fail lah nak jadi Fred hehehe .

Ps . Artikel ni just for fun maa

Aku tanya apa khabar ?

Aku tanya apa khabar ? Aku tanya apa khabar ...
Apa khabar sahabat , masihkah ingat kan aku ? , teman berkelana tika suka , tika duka ? Tika berkelana sini sana dari subuh hingga senja .

Syukur aku masih ingat anda semua , segala kenangan tetap ada ...

Sekarang ku sudah bersedia . Jadi aku tanya apa khabar ? Aku tanya apa khabar ...

Jangan risau ketidakwujudan ku buat sementara , aku hanya menyepi diri sedikit masa ...

Yang pastinya , aku yang dulu bukan lah yang sekarang ...

Hello

Hello .. I'm back