Monday, October 27, 2014

Skala Rock

Di mana skala rock anda ? Ada dua situasi tentang skala rock ini .

1- Di ketika geng tengah bersantai di dalam load sheeter office ada seorang sahabat datang menyerbu .. Masuk jer terus melambai lambai menunjuk sekeping CD sambil berkata " Aku ada lagu rock tahap terbaik masa ini , album paling hot dan ngetop masa sekarang ! " . Lalu di putarkan CD di CPU office . Main jer lagu semua geng tadi tersenyum nakal sambil terus bergosip . Kenapa ? Sebab lagu paling Rock sahabat tadi ada lah lagu Firehouse , I Live My Live For You ...  Hehehee . Rock lah sangat .

2. Kawan baik aku , mengaku seorang yang sangat metal , Punk , Hardcore , Black Metal lah sangat tetapi berulang kali melayan lagu Firman Rindu Serindu-rindunya . Sekali lagi Rock lah sangat ...

Jadi dimana skala Rock dalam hidup aku ? Aku bukan lah mat rock wannabe , aku biasa-biasa saja . Just kalau diajak lawan karaoke just name it , gerenti boleh nyanyi punya ..

Red Devil updated

Man Utd tidak menang tetapi tidak kalah bila menentang team yang on top of the table Chelsea , masih ada 10 mata perbezaan tapi what the fuzz babe ? ...

As long Antonio Valencia , Ashley Young , Phil Jones gagal masok first 11 LVG , masih ada harapan . Lagipun musim bola masih panjangggg ...

Hail to the new angel , Angel di Maria !

Wak punya cerita

Di suatu pagi

Tiba tiba telefon berdering

Muka Wak Salleh berkerut seribu ...
" Sapa pulak yang call ni , rasa macam tak kenal lah .. Siapa pulak si Ansua ni ? " .

"Meh aku tolong tengok " kata seotang sahabat , beberapa saat kemudian riuh satu Airport ..

Rupa rupanya di skrin tertera ikon Answer atau pilihan nak ambik call ... Wak ooo wakb.

Blog , kenapa memBlog ?

Dalam dunia ini ada banyak benda yang kita boleh buat ketika berehat sebentar dari amalan harian . Di situlah wujud sedikit ruang masa dalam diri aku untuk blogging , di mana kalau dulu aku hanya terhad untuk memblog di komputer yang monitornya tebal macam Kamus Dewan , RAM CPU yang berkapasiti kecil . Tapi sekarang alhamdulillah segalanya lebih mudah dengan peranti mudah alih yang tahap biasa biasa sahaja , yang penting ada kemudahan . Jadi aku boleh memblog dimana sahaja aku ada idea , pada bila-bila masa waima dalam kereta , tandas , kedai makan , panggung wayang sebagai contoh ..

Aku sedar tahap kedewasaan dan kematangan mempengaruhi stail penulisan aku pada masa sekarang , mungkin satu ketika akan ada blog lebih serius dan adakalanya lebih santai ... Yang pasti blog berkaitan emosi akan aku cuba elakkan , sebab melepaskan kemarahan melalui hujung jari hanya baiknya untuk diriku  sendiri , tapi menyakitkan hati insani yang lain . Aku perlu sedar zaman rebellious sudah lama berakhir , tidak perlu lagi hendak menunjuk gagah , macho dan hebat .. Pandang-pandang dan cermin-cerminkan lah diri sendiri, nasihat aku untuk aku  .

Namun yang sangat sangat pasti kesetiaan aku pada Manchester United akan terus terpahat dalam blog ini , jadi pesan aku nak  menyampah itu silakan terutama golongan ABU . Setiap sokongan ku akan ku pahat dan tulis melalui ayat2 aku sendiri ... Samada 8suka , geram , sakit hati dsb nya . Dan dalam perang bolasepak akan kutiup semboyan sebagai tanda hendak berlawan .

Ikrar dan semangat memblog ini insyaallah akan coba ku usahakan sampai bila bila , kerana salah satunya aku berkongsi memori , impian hanyalah melalui penulisan .. Ianya mungkin memori aku , kawan kawan .. Mungkin impian peribadi aku , mungkin angan sekumpulan sahabat , bagiku andai mungkin suatu masa memori itu akan luput dari ingatan , sekurang kurangnya ada hasil tangan ku jadi rujukan .

Selamat Membaca . ;)

Brader oo brader .

Brader
Andaikata kita ada di sini satu masa nanti
Kita akan gembira , senyum itu memang pasti
Meraung meroyan tak henti henti
Telefon dan kad akan habis memory
Bila kita nikmati impian ini

Brader
Berbelas tahun impian disimpan
Berpuluh blog dibuka inginkan harapan
Agar satu masa kita kawan kawan
Berkumpul bersama menikmati perlawanan
Superstar pujaan beraksi di hadapan
Menghidu suasana kalau menang ada keriangan
Kalau kalah pasti kesuraman ...

Brader
Ayuh kita mula langkah ke depan
Apa cara sekalipun duhai kawan
Sekali mesti dicapai angan
Menabung , melabur , buat perniagaan
Asal dapat kita menjejak Teater Impian
Asal kita sama sama mewarnai kemerahan di Stratford End
Biar semua jadi kenangan
Biar semua jadi kemegahan

Hanya untuk saporter MAN UTD sahaja .

Thursday, October 23, 2014

Kisah WO dan HI

Cerita ini adalah diadaptasikan dari kisaah benar dan bukan imaginasi semata mata ...

Alkisah nya bermula di negeri Isketambola , di mana ada 2 hamba Allah yang diberi nama WO dn HI . Mereka berdua bekerja di Lapangan Terbang Isketambola sebagai kerani trafik , atau namanya Traffic Clerk .  Sesungguh nya hamba Allah berdua ini adalah ibarat anak-anak kucing yang gemar bermain , walau kadang-kadang bergaduh tetapi gaduh itu maksudnya nak bermanja .
Harus diberitahu kisah ini diriwayatkan di ketika glamornya filem hindi dimana Shah Rukh Khan dan Salman Khan adalah hero2 pujaan dan Anupam Kher adalah penjahat bangsat yang amat lah dibenci .

Maka di suatu pagi ketika WO bertugas di kaunter standby , HIK mula membuat angkara .. Dilakar nya pada borang menunggu nama-nama hero hindi dengan harapan agar WO terkena ..

Carta menunggu IS3628

1- SRK
2- SALMAN KHAN
3- AAMIR KHAN
4- SANJAY DUTT
5- AMITABH BACHAN
6-
7-

Masa ditunggu HI akhirnya tiba ... Tiba masanya untuk memanggil penumpang pesawat tersebut , satu demi satu nama superstar hindi berkumandang di lapangan terbang . Penumpang lain mula menoleh ke sana sini mencari bayang superstar hindi pujaan mereka . Suasana kecoh seketika . Akibatnya HI berasa sedikit bersalah tetapi dalam hati nya merasa puasss .....

RUPA RUPANYA SI WO LANGSUNG TIDAK KENAL WALAU SEORANG PUN SUPERSTAR HINDI DI DALAM CARTA .

Tuesday, October 21, 2014

Rock oooooo - The Prequel

First thing aku nak cakap kisah ni takda kena mengena dengan filem Tuan Mamat Khalid

1990 Oktober Sabtu - 7.30PM

" Buat betul-betul ...  Sementara kamu ada peluang dan bakat . Kawan-kawan kan ada sama sekali , jangan lah malu okay ! " pesan mak sambil tuck in baju petak long sleeves aku . Aku tengah merungut kerana mak tak nak lengan baju dilipat ikut kemahuan ku ..

8.00PM
Acara bermula , ucapan dari protokol2 yang dijemput manakala aku dengan 3 best friend ku lepak minum sirap dan makan kacang kuda di port selalu , tangga belah hujung sekolah .

8.30PM
Seorang demi seorang dipanggil . Masing masing kembali dengan senyuman . Kemudian nama aku dipanggil ... Dup dap dup dap ...
Dengan perasaan yang berdebar aku dengar intro gitar dan bunyi dram , so aku masok ... Chantek , dalam hati dah terbayang trofi .

9.30PM
Aku dah on the way balik rumah .. Separa kesal dan malu . Hilang perasaan konfiden . Esok rasa tak nak menjejak kaki ke sekolah lagi . Huaaa

Kenapa ?
Part nada korus paling tinggi suara ayam aku keluar . Live depan audience termasuk keluargaku . Sadis sungguh .

PS lagu yang aku bawak lagu MAY Sendiri ye . Geng lain semua bawak lagu budak2 je