Showing posts with label Marudi. Show all posts
Showing posts with label Marudi. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Bot Ekspress driver , Wa respek lu lah towkey







Aku orang Marudi dan aku sangat bangga jadi orang Marudi

Aku tak nak ceta pasal apa , cuma pasal pengangkutan yang dulunya
fames nak mampus kalau nak ke Marudi . Well patutnya aku kena
bagitau yang Marudi ni satu pekan pesisir sungai yang menjadi tempat
pentadbiran bahagian Baram , Sarawak .. dan kalau dah namanya pesisir
sungai transport utamanya ialah melalui air , dan dalam kes aku ni
bot express .

Fungsinya sama seperti bas , perjalanan ke marudi dari Kuala Baram
mengambil tempoh 3 jam(kira driver bawak ikut law laaaa) .. Dulunya
tambang hanya RM12.00 , lepas tu RM18.00 dan akibat minyak naik
sekarang dah RM 20.00 . Ekspres ni agak2 kalau penuh boleh masuk
100 lebih orang , tak termasuk yang atas atap lah ..

walaupun sekarang dah ada pengangkutan udara dan darat fungsi bot
ekspres tidak dilupakan ... aku lebih prefer naik bot expres berbanding
mengharung jalan darat yang berbukit bukau .. dapat layan wrestling
ataupun movie Barry Prima , best kan ..

Buat pengusaha bot ekspres TUTO,Ziko Z,Sing Hing dan beberapa lagi
company ekspres , you all rocks dude .. harap2 lepas ni aku dapat
free tambang bila aku balik Marudi,kampung kesayangan ku ....



Aku siapa ?




well aku rasa posting ini patut aku buat dari masa aku mula mula create
blog ini ..

Aku orang Miri , keturunan melanau dan melayu . Bapakku dari daerah Dalat
di bahagian Sibu dan emakku orang Marudi di bahagian Miri , kata2 gurauan
aku dgn kawan2 ku aku peranakan Orang putih Dallas dan Madrid .

Aku bukan lah seorang yang terlalu bijak walaupun aku layak bersekolah
di sebuah Kolej terkemuka di Miri the melanjutkan pelajaran di ITM Sarawak
untuk segulung Diploma ajer .

Sekarang aku dah berkeluarga , isteriku berkarier sebagai guru dan aku pula
seorang Kuli di pusat servis kereta . Kerjaku melayan kerenah pelanggan yang
tak pernah puas2 dengan perkhidmatan ... pendek kata akulah tempat meluah
segala dendam kesumat yang tak pernah padam dan aku adalah mesin penyelesai
masalah mereka ... WTF !

Buat masa ni aku ada seorang anak lelaki , dia lah penghibur ketika aku
tension .. segala yang aku buat sekarang adalah kerana dia , aku kerja
kerana dia , kena kutuk dek customer kerana dia ... dia lah permata hati
aku . Jadi untuk soalan aku siapa di atas , bagi aku ini jawapan nya ..

" AKU ADALAH ORANG BIASA-BIASA , TIADA SUPER POWER @ KEKAYAAN YANG
MELAMPAU .. AKU CUMA ORANG YANG TERUS MENGHITUNG HARI BILAKAH AKAN
DATANG NYA KESENANGAN DALAM HIDUP , SAMPAI BILA KAH TUBUH INI AKAN
TERUS SIHAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN .... "