Sunday, July 26, 2009

Aku siapa ?




well aku rasa posting ini patut aku buat dari masa aku mula mula create
blog ini ..

Aku orang Miri , keturunan melanau dan melayu . Bapakku dari daerah Dalat
di bahagian Sibu dan emakku orang Marudi di bahagian Miri , kata2 gurauan
aku dgn kawan2 ku aku peranakan Orang putih Dallas dan Madrid .

Aku bukan lah seorang yang terlalu bijak walaupun aku layak bersekolah
di sebuah Kolej terkemuka di Miri the melanjutkan pelajaran di ITM Sarawak
untuk segulung Diploma ajer .

Sekarang aku dah berkeluarga , isteriku berkarier sebagai guru dan aku pula
seorang Kuli di pusat servis kereta . Kerjaku melayan kerenah pelanggan yang
tak pernah puas2 dengan perkhidmatan ... pendek kata akulah tempat meluah
segala dendam kesumat yang tak pernah padam dan aku adalah mesin penyelesai
masalah mereka ... WTF !

Buat masa ni aku ada seorang anak lelaki , dia lah penghibur ketika aku
tension .. segala yang aku buat sekarang adalah kerana dia , aku kerja
kerana dia , kena kutuk dek customer kerana dia ... dia lah permata hati
aku . Jadi untuk soalan aku siapa di atas , bagi aku ini jawapan nya ..

" AKU ADALAH ORANG BIASA-BIASA , TIADA SUPER POWER @ KEKAYAAN YANG
MELAMPAU .. AKU CUMA ORANG YANG TERUS MENGHITUNG HARI BILAKAH AKAN
DATANG NYA KESENANGAN DALAM HIDUP , SAMPAI BILA KAH TUBUH INI AKAN
TERUS SIHAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN .... "

No comments:

Post a Comment