Friday, July 31, 2009
Parkour , senaman yang extreme ..
Semalam aku layan ceta Banlieue 13 , satu filem perancis yang
di bintangi David Belle , seorang ahli parkour yang terkemuka ...
Actually ini adalah cerita ketiga berkenaan parkour yang aku tonton
selepas Yamakasi 1 dan 2 , juga made in france punya filem ...
Apakah Parkour ? ianya adalah sukan luaran yang diperkenalkan
di Perancis , maka tidak hairan lah filem-filem yang aku tonton
semuanya dari sana . Parkour di definasi kan pergerakan dari satu
destinasi ke satu destinasi dengan lancar , effisien dan pantas
mengikut pergerakan dan kebolehan tubuh badan manusia .
Falsafah seorang ahli parkour adalah tiada batas dan halangan bagi
mereka walaupun ianya melibatkan halangan metal dan fizikal .
Istilah Parkour ini diperkenalkan oleh David Belle dan Herbert
Kounde dan istilah ini berasal dari perkataan Perancis , Pak'kuk .
Sekarang aktiviti ini berkembang menjadi satu trend di eropah
dan banyak ahli parkour ini kita dapat lihat dalam iklan , antaranya
di Malaysia iklan 100 Plus . Sayang nya seperti sukan extreme
lain aktiviti ini sering disekat oleh pihak berkuasa tempatan ,
antaranya di United Kingdom dengan alasan mengganggu
ketenteraman awam .
Aku ingin lihat sendiri mereka beraksi di Malaysia . Pendapat aku
kalau Malaysia ingin melihat salah seorang rakyat nya mendapat
perhatian dunia , aktiviti extreme begini patut diceburi bukannya
sukan yang melibatkan perbezaan fizikal seperti Bolasepak dan
Bola keranjang . Kenapa ? sebab sukan ini melibatkan skil individu
itu sendiri bukannya bersaing dengan orang lain . Sekarang sukan
ciptaan kita sendiri , sepak takraw telah menampakkan kita gagal
setelah kalah dengan korea , jadi aktiviti extreme beginilah boleh
menunjukkan rakyat kita juga boleh bersaing dengan masyarakat
luar ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mun kita lah pok ekot parkour tok kompom ampus nyawa pok n sik larat nak nait n melompat,booorroooiiiiii wa ckp luuuu!!!!
ReplyDelete