Tuesday, July 28, 2009

Di Pintu Sepi , Satu memori ...

Semalam aku sempat belek2 koleksi cd yang lama dalam simpanan aku .. Bila aku
terjumpa salah satu CD kumpulan Search iaitu album Fenomena tetiba aku
teringat salah satu lagu yang banyak memberi kenangan pada aku masa aku
sedang dalam kesusahan satu ketika dahulu , lagunya Di Pintu Sepi ..

Bagi aku lagu ini adalah luahan hati seorang yang dituduh bersalah sebelum
ada keputusan muktamad , bagaimana kita menghadapi cacian dan kebencian
dari masyarakat yang terus menganggap kita ini jahat dan tak akan berubah .




Percayalah , masa itu aku layan lagu old school dari kumpulan Search ini
sepenuh hati . Dalam hati hanya tuhan yang tahu bagaimana sakit jiwa
menepis pandangan serong dari bekas rakan sepejabat , saudara mara even
orang kampung yang pesimis dengan orang yang dituduh bersalah walaupun
bagi aku hingga kini gagal dibuktikan hehehee ..

So kepada member2 aku yang turut mengalami situasi serupa , jangan putus
harapan dan carilah cd atau download lah lagu Search ini sebagai pegangan
kita di ketika susah ...

1 comment: