Wednesday, July 15, 2009

Komplen dan komplen lagi ...


"Kereta baru2 pun ada masalah , komplen seorang salesman kereta pada aku . Belum pass ngan buyer pun dah ada itu ini masalah "(Dalam hal ini jenama , model , company biar aku sendiri yang tahu lah) . Cuma apa yang aku cuba highlight kan di sini apa saja benda buatan manusia tidak pernah sempurna walaupun baru dan lama . Hanya buatan Allah sahaja yang maha sempurna.

Then manusia memang ada satu sikap yang aku benci iaitu tidak mudah puas hati , lebih lagi apabila seseorang itu mengeluarkan sejumlah RM untuknya , tak kira ianya melibatkan
barang @ servis . Bagi aku yang bekerja dalam industri perkhidmatan aka servis kepada manusia2 ,benda ini dah hari hari jumpa , kadang-kadang aku rasa aku dah lali dengan
komplen . Ingat janji buat kerja cukup lah.

Bukan maksud aku selama ini aku kerja tangkap muat aja , tapi bila mengenangkan banyak
kawan aku yang hilang mata pencarian kerana pelanggan yang tak satisfied , sikit-sikit komplen
pihak atasan , keikhlasan untuk bekerja itu kadang-kadang hilang ..

Adakah aku perlu motivasi ? ... Of course , dan motivasi yang sesuai pada aku ada 2 sahaja .

1st. RM yang mahsyuk 2. cuti yang panjang hehehehehe

No comments:

Post a Comment