Monday, July 27, 2009

Jangan buat bangunan tinggi


Pagi ni aku sempat belek2 online punya paper , maklumlah kena bajet2
sikit ujung bulan ni . Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah
pada headline Harian Metro " Kepala Meletup Jatuh Tingkat 16" .

ini adalah salinan kepada berita tersebut

"KUALA LUMPUR: “Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka yang terjatuh itu adalah pekerja di bawah jagaannya yang ketika itu sedang menjalankan kerja mencuci bangunan "


Setahu aku ini adalah kes berprofil tinggi ke 2 selepas kes mendiang Teoh Beng
Hock yang hangat diperkatakan sekarang . Belum selesai kes pertama dah muncul
kes mendiang Tan Kian Chong ini .. jadi bagi aku mudah ajer , kalau tak nak
kejadian macam ini berlaku lagi JANGAN BUAT BANGUNAN TINGGI .. Amacam ,
Ada Berani ? ...

No comments:

Post a Comment