Sunday, August 9, 2009

Monday Rythym and Blues ...

Permulaan hari di minggu yang baru , afdal lah
aku bersyukur kerana masih menikmati indahnya
hidup , walaupun jerebu masih lagi menebal di
bandaraya yang bernama Miri ini ..

Syukur juga kerana brader Afdlin Shauki
menang besar Festival Filem Malaysia (FFM) , semuanya
kerana bakat yang ada pada beliau , sekali gus
menidakkan pemikiran yang lelaki hensem mesti
boleh jadi Hero , kena buat lawak bodoh untuk mendapat
anugerah Filem Komedi Terbaik dan kena ada bajet
yang super besar untuk menghasilkan Filem Terbaik .

Hari Isnin adalah hari yang penuh masalah pada
aku . Segala masalah customerku yang terkumpul
pada hujung minggu akan dipersembahkan pada aku
pada hari ini , tidak kira dengan etika yang penuh
adab ataupun dengan penuh dengan sifat berbentuk
jahiliah . Jadi terpulang pada aku lah bagaimana
nak menghadapi diorang ini . Dah lah collegue aku
cuti 2 hari .. semua middle month punya report
pun kena aku siap kan hari ini .

Member ku Mohazy ada hearing hari ini , bukannya
kerana dia bekerja sebagai Lawyer , tetapi sebagai
seorang yang cuba menegakkan kebenaran atas
penindasan The Company , hingga tercetus idea
Revenge of The Fallen untuk merujuk kepada hearing
ini . Lawatilah blog beliau mohazytalk.blogspot.com
untuk tahu apa benda yang aku ceritakan di sini .
Wish you all the best Bro .. ( Actually pada masa
aku menaip nih , hearing tengah dijalankan ) .

Last sekali , macam biasa aku nak inform yang
Manchester United kalah dek Chelsea malam tadi .
Alaa , kalah penalti shootout jer , game yang agak
tempang dari segi pengadilan (perspektif supporter M.U
ni ) tetapi mencabar hingga ke minit terakhir ..
Tapi result itu tetap tak menghalang projek jersi
imitation ku hahahaha ... Sejak lama
tak bersengkang mata , aku rasa hari ini aku
akan tewas buat kali pertama di kerusi panjang
customer lounge ofisku , aduyaiiii ....






Friday, August 7, 2009

Welcome to Klinik Yee

Agak lama aku tak jejak kaki lagi ke klinik ini . Dulu
biasa lah sebab Klinik Panel company lama aku .
Benda free maaa ...

Semalam aku sempat diajak oleh memberku Zul pegi ke klinik
pasal nak ambik Medical Chit (MC) . Pagi
punya masalah malam
baru nak ambik .. Jadi dalam
pukol 8.30pm baru lah Zul buat
pendaftaran .




Cashier tengah busy , dia lah cashier , dia lah tukang
beri ubat , dia lah yang buat rekod .




Zul tengah khusyuk tengok info Pasal H1N1
takut ada simptom hehehe

Sambil lepak2 tunggu giliran kita sempat sembang-sembang
tentang movie , kawan2 sambil mengumpat insan-insan
yang
tidak berdosa pada kami berdua , pasallah dengan
orang ...
lumrah manusia rajin mengumpat .
Aku ingatkan yang proses
ini tak lah lama sangat dan
aku terkejut bila dapat tahu ,
abis-abis dah dekat jam
10.00pm



Yang lain aku paham lah tapi pasal yang
driving license
ni aku kureng sikit



Paling banyak orang takut . Result urine test
hahaa


Aku respek lah dekat Dr Pang , kau seorang yang
dedikasi hinggakan menurut Zul , tiada pekerjanya

yang tahan berkhidmat di klinik ini kerana tempoh
erjanya
yang agak EXTREME .. 8.00am till 10pm
everyday .

Wednesday, August 5, 2009

Original @ imitation ?

Aku sempat bukak laman sesawang United untuk
check jersey terbaru mereka . Agak lawa dan
berkonsepkan pasukan lama mereka . Jadi aku pun
pantas ke Nike shop Mall untuk buat perbandingan
harga yang original dengan yang versi imitation dalam
lelong.com (Grade AAA nih , giler kau) .




Yang ni original Dri Fit . Harga RM295.50



Yang ni pulak Derai-Pit . Harga RM26.00 plus RM10.00
shipment


Aku nak kena check bajet .. Nampak gayanya boleh
lupakan niat nak beli yang ori hehehe


*PS - M.U menang lawan Valencia 2-0 , Antonio Valencia memang bagus

Sindrom M - Stand for malas

Aku mula hairan dengan aku sendiri , pikiranku hari
ini asyik tidak dapat memberi tumpuan penuh dengan
kerja , adakah aku perlu cuti ? ,rehat ? atau bercanda
dengan keluarga ku di rumah ... bukan nya bini aku
ada pun .

Sepanjang hari ini aku cuba melayari Internet , melawat
laman-laman sosial popular seperti Facebook dan Youtube ,
ada beberapa isu yang menarik perhatian aku tapi tak sesuai
lah aku ceta kan kat sini sebab korang boleh layari sendiri
bahagian mana yang korang minat . Selepas membalas beberapa
komen kawan dalam Facebook dan posting 2 -3 lagu kepada member
,aku jadi jelak ..
kemalasan mula melanda .

Pikiran ku mula terbayang Nasik Lalapan ngan Air Teh Bunga .
Masa ini aku teringatkan member aku Zul yang gilakan menu
ini , masakan asal jawa yang berkonsepkan Ulam-ulaman ini
pantas buat aku lapar , tapi kemalasan nak memandu buat aku
sekali lagi membatalkan hajatku .

Agaknya bila Khamis dan Jumaat tiba , mood aku automatik
menjadi begini sebab tak lama lagi dah hujung minggu , badan
dan minda tidak bersedia nak beraksi , angin pun selalu tak
betul , hinggakan semua perancangan tak menjadi .

Sekarang bila posting ini hampir berakhir aku mula paham , aku
sedang dilanda satu sindrom .. sudah beberapa kali aku menaip
perkataan malas , aku sudah pasti malas itu lah punca segala
masalah aku ini , penyakit resam manusia yang tidak dapat
diubat
, WTF !!!!! patut lah emak aku selalu kutuk aku ....

Monday, August 3, 2009

Travis Pastrana , MR.199 ..



Aku ada ceta pasal aku minat brader yang bernama Travis Pastrana
ini .Di sini aku rasa baik aku perkenalkan sapa dia Encik
Pastrana ini melalui biodata yang aku copy paste dari Wikipedia
nih .

Peribadi
Nama penuh : Travis Alan Pastrana
Nick name : TP, Wonderboy, MR 199
Tarikh lahir : October 8, 1983 (1983-10-08)
Asal : Annapolis ,

Sukan Diceburi
Rally, Motocross, Supercross, Freestyle Motocross, Base Jumping
X Games, RedBull X Fighters, Dew Tour, Rally America

Penaja
Suzuki, RedBull North America, KICKER Audio, Smith Optics,
Thor Motocross, Activision, Alpine Stars, Nixon, Ogio, DC Shoes,
Michelin, Parts Unlimited

Jumlah Pingat / Kemenangan
Freestyle MotoX Gold (6) and Silver Medalist, MotoX Best Trick Gold,
Silver and Bronze Medalist, Rally Racing Gold (2) and Silver Medalist.




Pastrana juga pelopor kepada beberapa trick moto-X
antara nya Double Back Flip yang sehingga kini hanya
dia seorang yang berjaya mendarat dengan selamat .
Dia juga dikenali sebagai satu satu nya peserta yang berjaya
mendapat 4 pingat emas dalam 4 acara berbeza dalam satu
kejohanan X-Games hingga kan dia dianggap living legend
sehingga kini .

Jerebu datang lagi

Hari ini pikiran aku merewang tah ke mana .. mungkin jerebu dan
kepanasan
ini membuat kan pikiran aku jadi kelabu ...

Sarawak sekarang aku boleh katakan tengah musim pembakaran
terbuka ,
hari ini paling teruk di Kota Samarahan , kadar indeks
pencemaran udaranya
mencecah kualiti udara tidak sihat dengan
bacaan 105 . Menurut seorang
customer ku , sepanjang dia memandu
dari Sarikei ke Miri tak ada benda
yang lain dapat dilihat melainkan
asap tebal ," Susah nak memandu " itu
komen nya . Tapi bagi aku
jerebu ini bermakna macam-macam penyakit
pun muncul ,
penyakit kulit , lelah dan sebagai nya .




Sabtu , petang yang indah

Untuk membukti kan betapa teruknya peningkatan indeks jerebu aku
post
sekali gambar yang aku ambik petang sabtu lalu dan gambar yang
aku
ambik pagi tadi .. banyak bezanya .


Pagi Selasa suasana nya mula mengundang
sakit mata dan jiwa aku


Pikiran ku melayang lagi ... nak beli Topeng muka yang mahal kah yang
murah ,yang tahan lama kah atau yang pakai sekali sahaja. Pendek kata
walau pun tak banyak semuanya menyebabkan kita mengeluar kan kos ,
semua nya atas nama untuk menjaga kesihatan ... wallahualam ..

PS . Travis Pastrana tewas lagi . Aku kecewa lagi hahaha

Sunday, August 2, 2009

Bulan Ogos kini menjelma ..

Sedar tak sedar dah datang bulan 8 , bulan Ogos , August @ Augustus dalam bahasa
indonesianya ...

Aku cuba rangkumkan acara yang aku rasa aku nak RSVP pada bulan Ogos ini .
  1. Kawan aku nak naik court VS company lama aku ... aku harap dia success menegakkan keadilan untuk dia dan seluruh warga kerja yang teraniaya macam dia . Aku harap ini dapat dijadikan pengajaran atau panduan pada member2 , jangan dibiar sahaja diri teraniaya . Walaupun company itu besar tak bermakna mereka betul kita salah ... menentang boleh , cuma gunakan cara yang sebetul-betulnya . JANGAN BUAT DEMONSTRASI JALAN RAYA , KERANA INI MIRI BUKANNYA SEMENANJUNG MALAYSIA , ORANG TAHU KAMU ANAK SIAPA !
  2. G.I Joe , antara kartun pujaan aku masa kecik dulu buat tayangan perdana pada bulan ini . Walaupun aku rasa cerita itu merapu tak salah untuk menonton dan membiarkan diri kita dibuai fantasi kehebatan tentera Amerika Syarikat hahaaa ..
  3. X-Games 15 baru bermula , aku kecewa Travis Pastrana tak menang The best Trick dalam Moto-X , Bob Burnquist tempat kedua dalam Skateboard Big Air tapi ada lagi event untuk mereka berdua yang boleh dijadikan tempat menebus kehampaan iaitu Rally untuk Pastrana dan Vert Skate bagi Burnquist .
  4. Piala Sumbangsih antara Chelsea dan Manchester United ( team aku ) pun dalam bulan ini , walaupun dianggap pemanas badan tapi pertembungan 2 team ini tetap dianggap klasik bagi penggemar bola seperti aku .
  5. Kempen Barangan Buatan Malaysia di Stadium Tertutup Miri . Aku tidak pasti apakah jenis barangan yang akan dijual , mungkinkah KASUT BUATAN GOMBAK ?
  6. Bulan Ramadhan menjelma lagi . So bagi kawan aku ZUL , makanlah nasi lalapanmu puas-puas kerana bulan puasa tak boleh makan ... Nampak gaya bulan ini kena ikat perut sikit untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri ......
So sedikit sebanyak aku dah buat perancangan bulan ini , tapi hanya sekadar satu rancangan , Jadi atau tidak bergantung pada budgetlah yang bakal menentukan ...