Aku mula hairan dengan aku sendiri , pikiranku hari
ini asyik tidak dapat memberi tumpuan penuh dengan
kerja , adakah aku perlu cuti ? ,rehat ? atau bercanda
dengan keluarga ku di rumah ... bukan nya bini aku
ada pun .
Sepanjang hari ini aku cuba melayari Internet , melawat
laman-laman sosial popular seperti Facebook dan Youtube ,
ada beberapa isu yang menarik perhatian aku tapi tak sesuai
lah aku ceta kan kat sini sebab korang boleh layari sendiri
bahagian mana yang korang minat . Selepas membalas beberapa
komen kawan dalam Facebook dan posting 2 -3 lagu kepada member
,aku jadi jelak ..kemalasan mula melanda .
Pikiran ku mula terbayang Nasik Lalapan ngan Air Teh Bunga .
Masa ini aku teringatkan member aku Zul yang gilakan menu
ini , masakan asal jawa yang berkonsepkan Ulam-ulaman ini
pantas buat aku lapar , tapi kemalasan nak memandu buat aku
sekali lagi membatalkan hajatku .
Agaknya bila Khamis dan Jumaat tiba , mood aku automatik
menjadi begini sebab tak lama lagi dah hujung minggu , badan
dan minda tidak bersedia nak beraksi , angin pun selalu tak
betul , hinggakan semua perancangan tak menjadi .
Sekarang bila posting ini hampir berakhir aku mula paham , aku
sedang dilanda satu sindrom .. sudah beberapa kali aku menaip
perkataan malas , aku sudah pasti malas itu lah punca segala
masalah aku ini , penyakit resam manusia yang tidak dapat
diubat , WTF !!!!! patut lah emak aku selalu kutuk aku ....
jangan malas pok..bgs u malas dari u MALAT? apo ceto?? hahahah
ReplyDelete