Monday, August 10, 2009

Bila Mufti dah Campur Tangan




Biasanya aku tak kisah dan aku sendiri pernah berazam
untuk tidak menulis pasal politik , tetapi aku tak
dapat mengelak untuk menyuarakan pendapat aku
tentang isu ini , soal replika Dato Seri Najib (DSN)
dan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) .

Soal nya begini , Satu replika DSA setinggi 12.2 m telah
ditegakkan di kawasan Wisma Keringat , Batu Caves
Selangor D.E , perlu aku ingatkan yang ini adalah satu
replika , bukannya patung yang dibina dengan duit dikumpul
oleh penyokong nya . Pihak PAS telah mengesahkan bahawa
sekiranya bukan patung ianya tidaklah menunjukkan
keberhalaan . Yang menarik nya mufti Perlis Dr Muhd
Asri Zainul Abidin mengatakan imej DSA menunjukkan
keberhalaan dan wajar dihapuskan dan seperti biasa
pihak UMNO pun menyatakan sokongan tak berbelah
bagi dengan perkara ini . So dengan relanya PKR membenarkan
imej beliau diturunkan .






Tidak lama kemudian satu benda ajaib berlaku , Replika besar
DSN dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar
Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua
Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama
tiga hari sehingga Ahad. Aku pasti material yang digunakan
serupa , juga bukan patung . Pihak PKR tak minta apa-apa
cuma diorang mahu pendirian pihak pemuda UMNO serupa
dengan apabila replika DSA ditegakkan sebelum itu ... Yang
aku tahu penegakkan ini dibenarkan . Di manakah pendirian
Mufti Perlis dan
Penyokong UMNO sekarang ? Boleh fikirkan ?

Sepertimana yang aku mulakan tadi , aku tak layak nak
bercerita soal politik , tapi benda2 remeh yang melibatkan
agama ini membuat jiwa aku tak tenteram , bukan kerana
aku alim , rajin sembahyang tetapi aku keliru dengan pegangan
insan seperti Mufti ini ,seorang yang dihormati dalam soal
hukum halal haram agama . Pegangan orang yang berpolitik tak
payah nak kisah lah , diorang ikut resam , mana yang diorang
suka diorang ikut . Ini pendapat aku sahaja , tapi coba
pikirkan pendapat bukan islam tentang soal ini .. Itu sahaja
yang aku minta ..

No comments:

Post a Comment