Minggu baru di bulan Ogos kini mula
menjelma , tiada yang hebat selain ketibaan
bulan berkat , bulan Ramadan .. dan bila
tibanya bulan ini , maka berlumba-lumbalah
warga Miri yang beragama islam mencari rezeki
lebih berniaga makanan , pakaian , kuih muih dan
sebagainya . Yang pastinya bulan puasa ini aku
menanti Bubur Pedas handmade dari nenek ku
yang sedap gilaaa ... dan pastinya ragam orang berniaga
ini nanti akan aku selit sekali dalam posting ku yang
akan datang .
Hujung minggu ini aku lepak di rumah sahaja ,
memandangkan kegiatan luar tidak digalakkan kerana
H1N1 berleluasa , dan disebabkan faktor Dana dalam
bank yang tidak membenarkan aku membazir membuta
tuli hahahaa .. aku sempat menonton Shout Awards di
TV3 petang kelmarin dan satu result yang aku pertikaikan
ialah kemenangan Bunkface sebagai best band dan Breakthrough
awards kalau tak silap ... bagi aku they are just a new
band , belum layak untuk dapat anugerah begini , di mana
kah Estranged , Hujan yang mendapat album terbaik
dalam AIM , Butterfingers ataupun One Buck Shot . Mungkin
disebabkan faktor keremajaan yang memilih menyebabkan
mereka menang . Maklum lah kalau rakyat Malaysia yang
mengundi , faktor hensem antara yang jadi penyebab , bukan
nya bakat semata-mata ...
Last sekali untuk posting kali ini aku nak luahkan tak puas hati
aku pasal Celcom postpaid .. Setelah sekian lama aku ini
hanya membayar , baru aku sedar yang Celcom TIDAK provide
bil atau rekod penggunaan kita .. sebab nya begini , pada
Khamis yang lalu bil aku hanya dalam RM80 lebih tetapi
selepas aku guna servis GPRS sekejap pada malam ( Bukan
Peak Hours ) bil aku esok nya melambung hingga jadi RM188,
RM100 dia punya different tu , bagaimana boleh macam tu ,
walluwee ... aku pun naik angin dan call talian perkhidmatan
untuk check charge yang dikenakan , senang2 diorang cakap
bayar dahulu dan lepas tu boleh komplen . Wasial lah macam
ni .. So sekarang tak pasal2 aku punya line kena BAR ! sebab
exceed penggunaan . Aku tak tahupun aku punya 3G simcard
tak dapat broadband ...
Jadi aku tak dapat buat apa2 panggilan atau Sms hingga
hujung bulan sebab ekonomi aku meleset sekarang ni ..
Tak terdaya nak cover Bil telefon ... Agak2 nya kalau
aku guna RM100 tu untuk pekena LALAPAN boleh pengsan
tu wehhhh ... aaaarrggggghhhhh
pakey prepaid balit jak u pok!!! senang ceta....mun karos pun dpt juak isik 3-5rggt pok.
ReplyDeletebayar dahulu.. huhuhuhukkih.. kes tok i dah knak end 2008, 2 no 013 dan 019, nok no blakang kacak ya bah.. 1198 puitts..cehsss.. pakey punya pakey, both no rm600.++ lah.. my bills rm1300.++ tauk time ya hp i canggih atas langit, sukati nekan ngelakar member,
ReplyDeletenek toik padan muka celcom.. sik ku mayarrrrrr.. last i cek ngan sahabat lama i mr. upper(org ensem pi dah bebini boroi dah nek towk) both no belen rm100.++ semua below rm500.++ sik dak nya dpt sue.. mala surat tageh datang.. ndak mbik tawukkk..
apa yg aku nak suggest ngan member2 ku yg pernah dan akan jadi camya.. mun sik maok sik setuju,, ignore jak..
1)pakey hp mcm aku pakey kinek tok
2)sikut jak public phone