Monday, August 17, 2009

Orang kita kreatif apa ?


Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1) - Kementerian Kesihatan Malaysia

Wabak selsema Babi @ H1N1 kini menular dengan
teruknya di dunia . Setiap hari angka kematian akibat
wabak ini semakin meningkat tidak kira di negeri kita
, malah negara dan negara2 lain .

Bagi aku peningkatan ini agak merbahaya , simptom
demamnya agak serupa dengan demam biasa , jadi kita
tidak sedar kita telah dijangkiti kecuali dengan pengesahan
doktor . Apa yang digalakkan oleh pakar perubatan ialah
untuk mengelak bersentuhan , selalu mencuci tangan
mengelakkan diri dari tempat yang sesak dan memakai
topeng keselamatan .



Pemakaian topeng ini secara tidak langsung telah
menyumbangkan satu trend kepada rakyat kita , sekali lagi aku
pinjam gambar dari google untuk menunjukkkan
betapa kreatifnya rakyat kita , membuat satu
benda yang membosankan menjadi menarik .



Dan ini antara sample yang boleh digunakan , mana lah tahu
nak berkreativiti mencantikkan topeng2 anda hahaha , aku tak
kisah yang lain jangan sahaja yang pertama dari kanan bahagian
bawah , yang itu HARAM hahahaa .

Ini adalah langkah yang disarankan untuk membendung gejala
ini . Wajar kita ambil kira sebagai panduan .

• Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.


lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam

No comments:

Post a Comment