Monday, August 17, 2009
Cerita pasal kereta kecil Malaysia .
Perodua Kancil
Posting aku ini bukanlah berkenaan dengan haiwan kecik
bernama sang kancil ini tetapi kereta buatan Malaysia iaitu
Perodua Kancil . Kenapa aku tertarik nak posting , sebab
masyarakat Malaysia yang gemar membuat modifikasi
kereta gemar menggunakan kereta kecil ini untuk menghasilkan
satu seni modifikasi hingga menjadi pelbagai bentuk dan rupa .
Model yang diasaskan daripada Daihatsu Mira ini popular kerana
harganya lebih murah dan mudah mendapatkan perkakasan
alat ganti samada daripada kedai aksesori ataupun yang
lebih popular , Kedai Half Cut .
Daihatsu Opti
Antara trend yang popular ialah JDM (Japanese Domestic Market)
di mana hampir kesemua peralatan samada dari bahagian
enjin dan bodykit mengikut spesifikasi asal kereta buatan
Jepun . Antara yang popular adalah enjin moden L2 ataupun
L5 .Selain itu trend lain yang popular adalah mengikut Stail
terkenal antaranya Hello Kitty ataupun V.I.P Style
Daihatsu Mira L5
Dan yang pastinya Kancil ini akan terus jadi model
popular untuk modifikasi murah di negara kita , tapi tahukah
anda bahawa Daihatsu Ceria di Indonesia spesifikasi nya
sama dengan Perodua Kancil di negara kita . Begitu
juga Daihatsu Boon serupa dengan Perodua MYVI di negara
kita .
Satu hari nanti modifikasi Malaysia akan jadi macam ni
insyaallah ...
( Posting ini lebih kepada tak ada idea punya posting ,
jadi jangan heran kalau aku merapu )
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
calieeee ajak upa kancil jadi transformer pok!!KITUL BAH!!!!!!!!!!!
ReplyDelete