Monday, August 3, 2009

Jerebu datang lagi

Hari ini pikiran aku merewang tah ke mana .. mungkin jerebu dan
kepanasan
ini membuat kan pikiran aku jadi kelabu ...

Sarawak sekarang aku boleh katakan tengah musim pembakaran
terbuka ,
hari ini paling teruk di Kota Samarahan , kadar indeks
pencemaran udaranya
mencecah kualiti udara tidak sihat dengan
bacaan 105 . Menurut seorang
customer ku , sepanjang dia memandu
dari Sarikei ke Miri tak ada benda
yang lain dapat dilihat melainkan
asap tebal ," Susah nak memandu " itu
komen nya . Tapi bagi aku
jerebu ini bermakna macam-macam penyakit
pun muncul ,
penyakit kulit , lelah dan sebagai nya .




Sabtu , petang yang indah

Untuk membukti kan betapa teruknya peningkatan indeks jerebu aku
post
sekali gambar yang aku ambik petang sabtu lalu dan gambar yang
aku
ambik pagi tadi .. banyak bezanya .


Pagi Selasa suasana nya mula mengundang
sakit mata dan jiwa aku


Pikiran ku melayang lagi ... nak beli Topeng muka yang mahal kah yang
murah ,yang tahan lama kah atau yang pakai sekali sahaja. Pendek kata
walau pun tak banyak semuanya menyebabkan kita mengeluar kan kos ,
semua nya atas nama untuk menjaga kesihatan ... wallahualam ..

PS . Travis Pastrana tewas lagi . Aku kecewa lagi hahaha

1 comment: