Thursday, October 1, 2009

Ini baru super sale !





Aku baru balik menziarahi mendiang datuk kepada isteriku yang meninggal dunia , tiada doa yang sesuai hendak ku ucapkan sebab berlainan agama cuma hanya mampu berharap perjalanan roh mendiang ke destinasi selepas mati tidak mengalami sebarang onak dan gelora (ini menurut kepercayaan Iban , bahawa ada kehidupan selepas mati) .
Tapi apa yang aku nak ceta kan kat sini tentang satu benda yang aku jumpa semasa di Simpang Niah , satu tempat yang kiranya tempat RNR , Rest n Relax . So tempat ini mcm biasanya akan dipenuhi oleh gerai-gerai cina , dan satu stall menarik perhatian aku the most .
So berdasar kan gambar diatas , biar aku translate ikut yang aku paham .
  1. Term of payment : cash tetapi ikut berapa kita nak bayar , kalau 20 sen ada kat poket pun kita boleh guna untuk kita makan sebanyak mana , asalkan ikhlas nak bayar .
  2. Off course kena makan kat sana , jangan pikir2 nak tapau Ok
  3. Kali ni kalau tapau kena lah charge , takdak timbul soal ikhlas atau tak ikhlas .
  4. Yang heran makan boleh tak berkira , sup pulak kena charge 50 sen
  5. Dan kalau kita berumur 65 tahun ke atas boleh makan free (percuma chinese tea)kalau aku bawa nenek aku yang 70 tahun , dia tak nak makan tapi pass nasik tu kat aku , kena bayar ke tak ?
So amacam , mestinya aku tak pergi sebab aku islam . Aku tak tahu konsep apa yang dia ni pakai untuk dapat untung , sepanjang-panjang jalan aku perah otak nak pahamkan cara mamat ni berniaga , mungkin dia langsung tak kisah pasal untung rugi .. jadi kalau pengusaha melayu nak buat macam ini pun aku sokong , sekali sekala amal jariahhhhhhh

4 comments:

  1. nyak yaaaaahhh!!!!! nyamai nuan bisik mkn priik di nun....akuuuu?? nadaaiiiii waaaiii......anang nuan makai ya cak, bisik babui....nuan kak makan juak, taruh tepi babui nyak waiiii!!!!! akaiiiii!!!!

    ReplyDelete
  2. nadai ku berani wai ... daging merah nyamai ..

    ReplyDelete
  3. konsep 1malaysia pok...

    area kpg ya ku rasa org tua atas 65 maok kat 10 orang jak cnun.. lom kira nok lemah pelaktut giney nak jalan ke gerai.. dagin kali murah nak.. (ko try gi meli lok! hahahaha) sembelih pun sik baca.. ayun jak.. sedekah murah jak pun sikpa.. chinese tea ko kah stengah suduk kecik iboh begula pun rasa sama mcm nok ori.. sup ko kah stok ayam, stok ot ot ka stok tah apa pun dah ada rasa nak.. (try lok gak ada rasa ka? hahahaha)

    ReplyDelete
  4. hahaha , nar ya ... mun family aku lah ada wawasan macam ya lamak dah berumah di Luak Bay pok hahahaha

    ReplyDelete