Wednesday, December 23, 2009




Alhamdulillah , kerana kurniaan Allah SWT aku masih lagi mampu meneruskan kehidupan pada tanggal 24 Disember ini ... Bulan di mana banyak keraian , sanak saudara , rakan taulan membuat majlis ...Tak kira majlis perkahwinan , pertunangan even majlis Berkhatan . Boleh dikatakan jadual hujung minggu aku ini agak pack , esok majlis pernikahan bekas rakan sekerja , Hamzah Borhan dan tunangan nya Haslina Jack ... Tahniah , semoga hubungan kekal bahagia ke anak cucu dan dimurahkan rezeki ... Maaf kiranya sebab aku  tak mampu menghadiri majlis resepsi anda berdua pada lusanya sebab yang tidak dapat aku elakkan .. 

So esok juga hari Krismas , sebahagian daripada keluarga besar aku masih menyambut perayaan ini ( sebab faktor 1Malaysia lah agaknya ni) jadi kegembiraan mereka ini juga aku turut kongsi bersama , dan rasanya mood keraian ini berterusan hingga ke permulaan tahun baru 2010  ... Agak nya azam tahun ini sudah tercapai kah ? aku pun tidak pasti tapi syukurlah sebab tiada musibah atau bencana berlaku atas diriku , isteri , anak dan keluarga ... Semoga hidup ini terus mendapat keberkatan dari Allah SWT .

Akhir sekali , Selamat Hari Krismas kepada keluarga Besar Util bin Ula , rakan-rakan yang beragama Kristian .. Semoga kita terus harmoni walaupun berbeza pegangan agama ... Merry Xmas !

3 comments:

  1. living peaceful and harmony.. hehehe.. 1malaysia.. cunnnn..

    p/s, cney ujong minggu?

    ReplyDelete
  2. ujung minggu aku arah rumah Zam di KB

    ReplyDelete
  3. kawen juak pengapit aku tok pok!!!!!! hahahaha.....mala jak cak2 zam ya pok!!!! hahaha....

    ReplyDelete