Monday, December 7, 2009

Mood menonton wayang ku dah datang .

Aku lepas kuar lunch , perut kenyang , mata mengantuk ..... rasa takdak mood sangat nak buat kerja , aku berkira kira nak buat tengok movie , belek belek newspaper hanya cerita The Twilight Saga : New Moon sahaja cerita yang kira orait ditayangkan di pawagam Miri sekarang . Malangnya aku tak bukan seorang yang terlalu interested dengan sekuel  Twilight ni , walaupun aku akui aku pernah menonton ... atas desakan isteri yang mengajak menemankan dia menonton movie ni di STARMovie last week .




 Poster The Storm Warrior
 


Sebenarnya aku target nak menonton movie kantonis , The Storm Warrior hasil lakonan Ekin Cheng , Aaron Kwok dan Simon Lam . Adaptasi dari komik Fung Wan (Storm Rider/Pedang Setiawan) yang memang aku follow dari zaman aku belajar di ITM dulu . Ini adalah sekuel kepada The Storm Rider yang keluar di layar perak pada 1999 , perlu aku ingatkan bahawa adaptasi komik ini juga dibuat dalam TV series terbitan syarikat China . Watak Cloud , Wind dan Tanpa Nama adalah hero pujaan student-student ITM zaman dahulu hinggakan habis duit loan buat collection komik heheheheheh ...




Poster Sherlock Holmes


Satu lagi movie yang aku tunggu adalah hasil tangan Guy Ritchie (Alaaa ex hubby Madonna), Sherlock Holmes .watak lagenda British , Seorang penyiasat terkenal yang menggunakan cara yang tidak konvensional dalam melakukan penyiasatan nya . Watak ciptaaa Sir Arthur Conan Doyle yang dipegang oleh Robert Downey JR dan Jude Law sebagai orang kanan nya , Watson ini memang banyak mempengaruhi pengkayaan bahasa inggeris aku sebab kerana novel Sherlock Holmes inilah aku sanggup baca walaupun bahasa inggerisnya wallahualam ... Pekat dan so pure ! , Sherlock Holmes ni walaupun wataknya fiksional semata-mata namun terdapat Jalan Baker Street di Portsmouth di mana galeri sherlock Holmes wujud untuk peminat setianya .  


Dan aku harap jangan lah kedua-dua movie ni menghampakan kerana aku dah follow ceta ni sejak dulu lagi . Aku tahu serba sedikit jalan cerita asal so kalau aku dapati jalan cerita movie ni jauh menyeleweng aku akan benar-benar kecewa .

No comments:

Post a Comment