Sunday, July 26, 2009

Semalam yang hangat bukan kerana panas ...

seperti Monday yang selalunya , Aku tengah sibuk menaip kerja aku yang tak
pernah habis- habis ..
Tetiba aku teringat rhyme lagu WINGS Semalam Yang Hangat , jangan berfikiran
kotor dulu ... The fact is aku memang suka lagu ini bila karaoke dan bila aku
tengah driving ..

Masa ni penyanyi utama WINGS ini adalah saudara Mel.Aku pun tak tahu kenapa
si Mel ni tak mampu bertahan lama tapi bagi aku dia adalah seorang penyanyi
yang mempunyai low note yang selamba , mungkin ketidakmampuan nya membawa lagu
dalam range yang tinggi menyebabkannya gagal bertahan lama tapi bagaimana
pula dengan Mus ...walaupun mempunyai suara high note yang mengancam pun
masih tidak mampu menggugat karisma Awie .

Apa pun Semalam yang Hangat adalah lagu yang selamba , slow , senang dinyanyikan
dengan gitar kapok hehehehe . Boleh lah dikatakan pada zaman aku membesar hampir
semua orang bujang kat tembok2 akan main lagu ni . Lirik nya tidak lah terlalu berkisar dengan betapa "Hangat nya semalam" yang boleh menjurus kepada
pemikiran negatif sesetegah orang tetapi lebih kepada nilai-nilai keamanan,
keinsafan melalui pengalaman seseorang itu ..

"Aku bukan lagi mainan dulu , telah ku campak kan
kau ke mana , ke lautan hitam yang ku mahu , pasti kita tak jumpa ... Semalam , itu semalam , hari ini aku hidup dalam dunia yang aman , kenangan kita lucutkan , kita bakar sama - sama , pengalaman hidup nista .... "

Aku pasti walau 5-6 tahun lagi lagu ini akan tetap jadi request tetapku
ketika karaoke dan dendangan dalam kereta ketika jalan jem heheehehe

No comments:

Post a Comment