Tuesday, September 8, 2009

Ilusi Infernal Affair dan The Departed .




The Departed , remake kepada filem kantonis Infernal Affair , satu movie yang akhirnya aku dapat d/l dari 2shared hari ini , adaptasi dari hasil tangan Andrew Lau ini berjaya digarap oleh Martin Scorcese dan dibintangi superstar versatil Leo di Caprio dan Matt Damon . Walaupun aku lebih menyukai garapan asal Andrew Lau tapi karya Martin Scorcese ini berjaya juga memenangi 4 anugerah besar di Academy Awards ke 79 . Cerita yang berkisar kepada dunia kepolisian dan gangster ini menarik minat aku di mana sejak awal-awal lagi kedua dua pihak dah plan nak menyimpan penyampai maklumat di dalam organisasi ini , maksud aku informer untuk polis yang menjadi pengikut kumpulan gelap dan begitu juga sebalik nya .. Di sini bakat Leo dan Matt benar-benar terserlah di samping watak Jack Nicholson begitu menonjol sebagai Bos Irish Mob , dan bagi aku setanding dengan watak Eric Tsang dalam Infernal Affair .. Namun begitu sebagai Hard Core Infernal Affair , satu kekurangan yang wujud dalam The Departed berbanding IA adalah kurangnya pendedahan bagaimana watak Costigan dan Sullivan mula-mula diserap dalm organisasi ini , tidak seperti watak Edison Chen dan Shawn Yue dalam IA2 . Tetapi at least bagi aku , menonton The Departed ini aku dapat anggap menonton rangkuman cerita IA , sebab jangan lupa IA dikeluarkan sebanyak 3 filem , jadi jangkamasa penceritaan selama lebih kurang 9 jam , jadi tak mustahil banyak isu dapat diceritakan .. Jadi malam ini aku akan spend satu jam lebih untuk menonton sebab takdak ceta TV yang best , sediakan mee maggi ngan Milo ais dan macam kata Wahed kita layannnn ....

No comments:

Post a Comment