Monday, October 27, 2014

Blog , kenapa memBlog ?

Dalam dunia ini ada banyak benda yang kita boleh buat ketika berehat sebentar dari amalan harian . Di situlah wujud sedikit ruang masa dalam diri aku untuk blogging , di mana kalau dulu aku hanya terhad untuk memblog di komputer yang monitornya tebal macam Kamus Dewan , RAM CPU yang berkapasiti kecil . Tapi sekarang alhamdulillah segalanya lebih mudah dengan peranti mudah alih yang tahap biasa biasa sahaja , yang penting ada kemudahan . Jadi aku boleh memblog dimana sahaja aku ada idea , pada bila-bila masa waima dalam kereta , tandas , kedai makan , panggung wayang sebagai contoh ..

Aku sedar tahap kedewasaan dan kematangan mempengaruhi stail penulisan aku pada masa sekarang , mungkin satu ketika akan ada blog lebih serius dan adakalanya lebih santai ... Yang pasti blog berkaitan emosi akan aku cuba elakkan , sebab melepaskan kemarahan melalui hujung jari hanya baiknya untuk diriku  sendiri , tapi menyakitkan hati insani yang lain . Aku perlu sedar zaman rebellious sudah lama berakhir , tidak perlu lagi hendak menunjuk gagah , macho dan hebat .. Pandang-pandang dan cermin-cerminkan lah diri sendiri, nasihat aku untuk aku  .

Namun yang sangat sangat pasti kesetiaan aku pada Manchester United akan terus terpahat dalam blog ini , jadi pesan aku nak  menyampah itu silakan terutama golongan ABU . Setiap sokongan ku akan ku pahat dan tulis melalui ayat2 aku sendiri ... Samada 8suka , geram , sakit hati dsb nya . Dan dalam perang bolasepak akan kutiup semboyan sebagai tanda hendak berlawan .

Ikrar dan semangat memblog ini insyaallah akan coba ku usahakan sampai bila bila , kerana salah satunya aku berkongsi memori , impian hanyalah melalui penulisan .. Ianya mungkin memori aku , kawan kawan .. Mungkin impian peribadi aku , mungkin angan sekumpulan sahabat , bagiku andai mungkin suatu masa memori itu akan luput dari ingatan , sekurang kurangnya ada hasil tangan ku jadi rujukan .

Selamat Membaca . ;)

No comments:

Post a Comment