Tuesday, October 21, 2014

Rock oooooo - The Prequel

First thing aku nak cakap kisah ni takda kena mengena dengan filem Tuan Mamat Khalid

1990 Oktober Sabtu - 7.30PM

" Buat betul-betul ...  Sementara kamu ada peluang dan bakat . Kawan-kawan kan ada sama sekali , jangan lah malu okay ! " pesan mak sambil tuck in baju petak long sleeves aku . Aku tengah merungut kerana mak tak nak lengan baju dilipat ikut kemahuan ku ..

8.00PM
Acara bermula , ucapan dari protokol2 yang dijemput manakala aku dengan 3 best friend ku lepak minum sirap dan makan kacang kuda di port selalu , tangga belah hujung sekolah .

8.30PM
Seorang demi seorang dipanggil . Masing masing kembali dengan senyuman . Kemudian nama aku dipanggil ... Dup dap dup dap ...
Dengan perasaan yang berdebar aku dengar intro gitar dan bunyi dram , so aku masok ... Chantek , dalam hati dah terbayang trofi .

9.30PM
Aku dah on the way balik rumah .. Separa kesal dan malu . Hilang perasaan konfiden . Esok rasa tak nak menjejak kaki ke sekolah lagi . Huaaa

Kenapa ?
Part nada korus paling tinggi suara ayam aku keluar . Live depan audience termasuk keluargaku . Sadis sungguh .

PS lagu yang aku bawak lagu MAY Sendiri ye . Geng lain semua bawak lagu budak2 je

No comments:

Post a Comment