Thursday, October 30, 2014

Cerita tentang seorang kawan

Aku ada kawan yang terkenal yang namanya Jul , dia 3 tahun lebih muda dari aku . Jul seorang yang segak , paling hensem antara kawan kawan aku , sama level artis lelaki korea SuperJunior .

Dia adalah lambang seorang lelaki metroseksual , tutur katanya tersusun rapi , pakaian sentiasa kemas dan up to date . Sentiasa ada di majlis koktel dan sering menjadi spokeperson dan model jenama2 terkenal . Sekarang Jul bakal ditawarkan kontrak daripada ASTRO sebagai muka ASTRO, setaraf dengan Aznil hj Nawawi , Aaron Aaziz dan Zizan Razak .

Terkini diwarwarkan sebuah produksi antarabangsa telah membuat rundingan supaya Jul membawa salah satu watak utama dalam filem Fast and Furious 8 , besar kemungkinan meneruskan kesinambungan watak Paul Walker . Diberitakan bayaran 8 angka ditawarkan bila tawaran ini ditandatangani kelak . Ada kedengaran gossip gossip di media sosial tentang hubungan nya dengan Fazura , tapi sebagai kawan sahaja . Setakat ini Jul belum update dengan aku tentang perkara ini jadi kita tunggu sahaja press release dari Jul .

Doaku agar Jul sukses dan tidak lupa aku sebagai salah seorang kawan apabila menjadi seorang superstar terkenal dunia . Hanya ikhsan sepinggan lalapan pun cukup untuk sahabatmu ini .

No comments:

Post a Comment