Tuesday, October 28, 2014

Formula bikin fenomena satu Malaya

Tepat jam 8.00pm semalam maka berakhir sudah drama rantaian Maaf Jika Aku Tak Sempurna , satu lagi adaptasi dari novel cinta hasil tangan anak Malaysia . Tidak aku nafikan cerita-cerita begini adalah tarikan untuk kita menonton tv selepas makan . Tapi ada satu benda yang buat aku malas nak layan telenovela melayu ni , you can predict the storyline lah ... I mean it , dengan hanya selepas 15 minit episode pertama, percayalah .

Ok , apa yang aku maksudkan akan aku coba explain sesimple yang mungkin . Dan ini antara senarai drama yang meletop dan menjadi viral hanya dengan formula drama ini .

1. Maaf Jika Aku Tak Sempurna
2. Rindu Awak 200%
3. Ariana Rose
4. Bukan Kerana Aku Mencintaimu (title ini aku lupa2 ingat .. Ala drama shahnaaz dengan nelydia senrose)

Formula nya

Satu watak yang bangsat teramat sangat akan bertemu dengan watak yang baik pijak semut pun tak mati . Atas beberapa insiden , konon nya dijodohkan dalam Rindu Awak 200% dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna mereka terpaksa bersama . Kemudian atas beberapa insiden lahi akan bercintalah dua watak ini dan ketika ini lah akan ada watak sampingan yang akan kacau daun .. Tetapi disebabkan penonton melayu tidak suka ending yang anti klimaks maka kedua dua couple itu akan get through all the troubles and live happily ever after .

So macamana ? Predictable kan . Kalau EPL semudah ini nak predict aku pasti Manchester United akan CHAMPION setiap musim . Aku tak salah kan sapa-sapa , itu rezeki penulis novel , penerbit drama , pelakon , stesen tv . Cuma aku harap suatu masa akan ada karya yang boleh buat aku menangis sekali lagi seperti Warkah Terakhir .

Dikala aku memblog ini aku menonton drama TV3 terbaru , baru 15 minit menonton aku dah senyum sendiri , aku dah dapat predict dah jalan cerita drama ini .

Plus one thing , kalau nak menonton , coba lah menonton drama lakonan hero tak berapa hensem dan kurang keluar majalah seperti Beto , Bront , Fizz Fairuz , Namron dan beberapa lagi hero yang tak berapa nak ingat ... Insyaallah kita akan puas . Aku jamin .

No comments:

Post a Comment