Monday, October 27, 2014

Brader oo brader .

Brader
Andaikata kita ada di sini satu masa nanti
Kita akan gembira , senyum itu memang pasti
Meraung meroyan tak henti henti
Telefon dan kad akan habis memory
Bila kita nikmati impian ini

Brader
Berbelas tahun impian disimpan
Berpuluh blog dibuka inginkan harapan
Agar satu masa kita kawan kawan
Berkumpul bersama menikmati perlawanan
Superstar pujaan beraksi di hadapan
Menghidu suasana kalau menang ada keriangan
Kalau kalah pasti kesuraman ...

Brader
Ayuh kita mula langkah ke depan
Apa cara sekalipun duhai kawan
Sekali mesti dicapai angan
Menabung , melabur , buat perniagaan
Asal dapat kita menjejak Teater Impian
Asal kita sama sama mewarnai kemerahan di Stratford End
Biar semua jadi kenangan
Biar semua jadi kemegahan

Hanya untuk saporter MAN UTD sahaja .

No comments:

Post a Comment