Sunday, August 2, 2009

Bulan Ogos kini menjelma ..

Sedar tak sedar dah datang bulan 8 , bulan Ogos , August @ Augustus dalam bahasa
indonesianya ...

Aku cuba rangkumkan acara yang aku rasa aku nak RSVP pada bulan Ogos ini .
  1. Kawan aku nak naik court VS company lama aku ... aku harap dia success menegakkan keadilan untuk dia dan seluruh warga kerja yang teraniaya macam dia . Aku harap ini dapat dijadikan pengajaran atau panduan pada member2 , jangan dibiar sahaja diri teraniaya . Walaupun company itu besar tak bermakna mereka betul kita salah ... menentang boleh , cuma gunakan cara yang sebetul-betulnya . JANGAN BUAT DEMONSTRASI JALAN RAYA , KERANA INI MIRI BUKANNYA SEMENANJUNG MALAYSIA , ORANG TAHU KAMU ANAK SIAPA !
  2. G.I Joe , antara kartun pujaan aku masa kecik dulu buat tayangan perdana pada bulan ini . Walaupun aku rasa cerita itu merapu tak salah untuk menonton dan membiarkan diri kita dibuai fantasi kehebatan tentera Amerika Syarikat hahaaa ..
  3. X-Games 15 baru bermula , aku kecewa Travis Pastrana tak menang The best Trick dalam Moto-X , Bob Burnquist tempat kedua dalam Skateboard Big Air tapi ada lagi event untuk mereka berdua yang boleh dijadikan tempat menebus kehampaan iaitu Rally untuk Pastrana dan Vert Skate bagi Burnquist .
  4. Piala Sumbangsih antara Chelsea dan Manchester United ( team aku ) pun dalam bulan ini , walaupun dianggap pemanas badan tapi pertembungan 2 team ini tetap dianggap klasik bagi penggemar bola seperti aku .
  5. Kempen Barangan Buatan Malaysia di Stadium Tertutup Miri . Aku tidak pasti apakah jenis barangan yang akan dijual , mungkinkah KASUT BUATAN GOMBAK ?
  6. Bulan Ramadhan menjelma lagi . So bagi kawan aku ZUL , makanlah nasi lalapanmu puas-puas kerana bulan puasa tak boleh makan ... Nampak gaya bulan ini kena ikat perut sikit untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri ......
So sedikit sebanyak aku dah buat perancangan bulan ini , tapi hanya sekadar satu rancangan , Jadi atau tidak bergantung pada budgetlah yang bakal menentukan ...

No comments:

Post a Comment