Friday, August 21, 2009

Ragam Puasa

Selamat Berpuasa untuk semua , hari pertama ini
aku kerja half day jer , tetapi memang banyak benda
yang aku kena settle hari ini membuatkan masa aku
pack , nak menulis pun kena curi2 masa ..

So macam biasa bulan ramadan ni banyak kawan2
aku turut berniaga , Mak Afda dengan Sup Power nya ,
Rohaidi dengan juadah berbagai rupa . Selain itu ada
Jamil dengan keropok lekornya dan dulu aku selalu jumpa
Pet berjual minuman , tak pasti lah musim ramadan kali ini .
Nyata sekarang peluang kita catik rezeki . Tapi aku target
hari ni nak pekena bubur pedas , tutup dulu ceta nasi
lalapan . Bubur pedas kebanggaan rakyat Sarawak
bukan lah macam bubur lambok yang popular di
KL tu . Ianya bukan nasi bubur tetapi lebih kepada lauk
yang di makan beserta nasi . Istimewanya bubur pedas
ini ia boleh dicampor dengan pelbagai jenis sayur dan jenis
daging membuatkan ianya popular pada masyarakat tempatan .

Dan satu lagi juadah yang aku nanti ialah Kuih Perahu ntah
betul kah tidak namanya ... yang ni desert popular di
tempat aku , kalau dulu seringgit boleh dapat 5 sekarang
boleh dapat 2 jer , sebab gula naik hahahaa .. Lagipun
hanya ada pada bulan posa lah .. kalau tak silap guna tepung
beras ngan santan kaw kaw .

Aku cukup tak sabar , bajet biar cantek supaya hajat aku
sampai . Inilah best hari pertama posa , semua nak beli ,
semua nak dirasa .. So geng aku ucapkan selamat berpuasa
, jangan puasa yuk yuk , tengahari buka periuk ... Aminnn


No comments:

Post a Comment