Sunday, August 9, 2009

Monday Rythym and Blues ...

Permulaan hari di minggu yang baru , afdal lah
aku bersyukur kerana masih menikmati indahnya
hidup , walaupun jerebu masih lagi menebal di
bandaraya yang bernama Miri ini ..

Syukur juga kerana brader Afdlin Shauki
menang besar Festival Filem Malaysia (FFM) , semuanya
kerana bakat yang ada pada beliau , sekali gus
menidakkan pemikiran yang lelaki hensem mesti
boleh jadi Hero , kena buat lawak bodoh untuk mendapat
anugerah Filem Komedi Terbaik dan kena ada bajet
yang super besar untuk menghasilkan Filem Terbaik .

Hari Isnin adalah hari yang penuh masalah pada
aku . Segala masalah customerku yang terkumpul
pada hujung minggu akan dipersembahkan pada aku
pada hari ini , tidak kira dengan etika yang penuh
adab ataupun dengan penuh dengan sifat berbentuk
jahiliah . Jadi terpulang pada aku lah bagaimana
nak menghadapi diorang ini . Dah lah collegue aku
cuti 2 hari .. semua middle month punya report
pun kena aku siap kan hari ini .

Member ku Mohazy ada hearing hari ini , bukannya
kerana dia bekerja sebagai Lawyer , tetapi sebagai
seorang yang cuba menegakkan kebenaran atas
penindasan The Company , hingga tercetus idea
Revenge of The Fallen untuk merujuk kepada hearing
ini . Lawatilah blog beliau mohazytalk.blogspot.com
untuk tahu apa benda yang aku ceritakan di sini .
Wish you all the best Bro .. ( Actually pada masa
aku menaip nih , hearing tengah dijalankan ) .

Last sekali , macam biasa aku nak inform yang
Manchester United kalah dek Chelsea malam tadi .
Alaa , kalah penalti shootout jer , game yang agak
tempang dari segi pengadilan (perspektif supporter M.U
ni ) tetapi mencabar hingga ke minit terakhir ..
Tapi result itu tetap tak menghalang projek jersi
imitation ku hahahaha ... Sejak lama
tak bersengkang mata , aku rasa hari ini aku
akan tewas buat kali pertama di kerusi panjang
customer lounge ofisku , aduyaiiii ....






No comments:

Post a Comment